,
Gegar Vaganza All Star

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!

Mya Amri
24/09/2023
03:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Jaclyn Victor akui berdebar untuk kembali bertanding di pentas program popular itu.
Menurut Jaclyn atau lebih mesra dengan panggilan Jac, perasaan itu mula dirasakan sebaik sahaja menjalani sesi soundcheck GV10 pada Jumaat.
“Kita ke MBSA untuk soundcheck dan camera rehearsals untuk Minggu 1 @allstars.gegarvaganza
“Berdebar juga jantung ku ini bila sampai dan berjumpa dengan artis lain yang bertanding, production, crew, musicians dan juga @tokram_ramlims.
“Time tu macam flashback ke tahun lepas dan macam macam perasaan saya rasa. GV9 pun baru sahaja tahun lalu!“ kongsinya.
Bagaimanapun kata Jac, perasaan itu tidak akan mengganggu dirinya untuk memberikan persembahan terbaik di minggu pertama GV10 yang berlangsung pada Ahad.
“Tak apa ek, ada peluang jangan lepaskan. Peluang bukan datang selalu jadi memandangkan dah jatuh atas riba kita kena ambil!
“Jadi semua yang memang minat GV sejak musim 1-9, anda pastinya akan menyukai musim kali ini. Terima kasih kerana menyayangi dan memberikan sokongan pada saya wahai kelab peminat @jvstars_official, anda memang terbaik,” tulisnya.
Jac yang merupakan juara GV9 bersama sembilan juara lain akan berentap kembali di pentas GV pada Ahad.
Selain Jac, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Aliff Aziz (GV8).
BACA: Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Unitar