Terkini

GV11: Bring It On! Liza Aziz Sedia Tunjuk Taring - “Semua Genre Saya Boleh Nyanyi”

gempak
Asyraf Roslan
01/12/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
GV11: Bring It On! Liza Aziz Sedia Tunjuk Taring - “Semua Genre Saya Boleh Nyanyi”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz akui tidak mempunyai masalah untuk membawakan pelbagai genre lagu di pentas itu.
Menurut Liza pengalamannya di dalam industri telah mempersiapkan segalanya bagi dia berdepan cabaran di pentas GV.
“Saya semua genre saya boleh nyanyi, bagilah lagu cina, lagu apa-apa saya boleh nyanyi.
“Dah berpuluh-puluh tahun saya menyanyi,” kata Liza ringkas.
Menyentuh soal pesaing, menurut Liza tiada istilah baru mahupun lama, semua adalah pesaing baginya.
Namun menurutnya jika dia boleh menyanyi dengan baik itu sudah mencukupi.
“Bagi saya semua pesaing terdekat, tidak kira muda ataupun yang legend semua pesaing bagi saya.
“Tapi kalau kita nyanyi dengan baik sudah pasti kita dapat mengatasi segalanya,” ujar Liza.
Untuk minggu kedua dengan tema, Sama-Sama Naik, Liza bakal menyanyikan lagu Wajah Siapa Di Hatimu nyanyian asal Azlina Aziz.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri. Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024