Lama tidak muncul di kaca TV, akhirnya peminat dapat melepaskan kerinduan melihat kemunculan selebriti terkenal Che Puan Sarimah Ibrahim di Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) pada malam tadi.

Sarimah membuat kejutan pada pembukaan konsert minggu kedua GV9 dengan menyanyikan lagunya, Kini Kau Tiada yang sepatutnya dinyanyikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Peminat teruja dengan kemunculan Sarimah yang disangkakan akan menggantikan Nabil dan bergandingan bersama Elly atau kak Lina namun rupa-rupanya hanya mengendali segmen Vass Vaganza.

“Elly Mazlein dan Sarimah Ibrahim adalah gandingan yang kita perlukan. Mereka mempunyai tenaga yang sama dan saya terhibur dengan mereka. Malangnya, Sarimah hanya muncul sekejap saja.

“Teringin nak tengok kak Lina dengan Che Puan Sarimah mengacara sama-sama atas pentas macam ni sebeb nampak serasi bersama gitu.

“Sarimah Ibrahim ni lagend tau dia! Dulu Kini Kau Tiada, kemudian bertahun-tahun jadi pengacara AJL dan really outstanding one,” komen peminat di Twitter.

Bukan itu sahaja, peminat juga tidak henti memuji kecantikan bekas pengacara, penyampai radio, pelakon dan penyanyi tersebut biarpun sudah berusia 43 tahun.

“CP Sarimah Ibrahim ni umur berapa? Kenapa muka dia sama saja macam dulu. Badan pun tetap maintain.

“Satu benda saja best malam ni, Sarimah Ibrahim keluar. Peh,dah lama tak dengar dia menyanyi tup-tup malam ni dapat tengok dia menyanyi live. Tetap cantik ya dia. Macam kena awet,” komen peminat lagi.

Sementara itu, Sarimah menerusi laman Twitter miliknya berterima kasih atas sokongan dan sorokan selain mengakui dia sangat merindui dunia pengacaraan.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“I had so much fun! Saya tak sedar yang saya sangat rindu untuk mengacara. Terima kasih atas semua sokongan dan sorokan,” tulis Sarimah.

Minggu kedua GV9 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, menampilkan Danial Zaini bergandingan dengan Elly dan menggantikan Nabil yang tidak dapat hadir atas faktor kerja.

Penyanyi Roy Kapilla yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati menjadi peserta yang tersingkir selepas mendapat markah paling tercorot iaitu 53.2 peratus.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!