Bukan sahaja kisah silamnya yang menjadi perhatian, malah ukiran tatu di bahagian leher peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Fuad Rahman turut diperhatikan.

Menurut Fuad, dia sememangnya mempunyai niat untuk membuang ukiran tersebut namun berubah fikiran selepas bertanyakan perkara itu kepada ustaz.

“Memang dari dulu saya ada niat nak buang tatu, tapi ada kenalan saya tanya pada ustaz dan dia beritahu kalau setakat tatu itu sedikit boleh buang.

“Tapi kalau banyak dan memudaratkan tu tak apa tak buang. Macam saya, tatu saya ada banyak… bukan hanya ini (leher) tapi memang banyak… macam blackboard,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Fuad turut memberi nasihat kepada generasi muda agar tidak tersalah langkah sepertinya.

“Walaupun ia dah berlalu tapi sejujurnya saya sendiri menyesal. Sebab itu saya nasihat orang-orang muda janganlah buat, nanti kemudian hari akan menyesal,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Singapura itu mendedahkan kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan dadah.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!