Laman Utama

GV9 Sentiasa Penuh Kejutan, Sengit Di Pentas Akhir… Mungkinkah Akan Ada 2 Juara Seperti Sebelum Ini?

gempak
Asyikin Mayudin
27/11/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
GV9 Sentiasa Penuh Kejutan, Sengit Di Pentas Akhir… Mungkinkah Akan Ada 2 Juara Seperti Sebelum Ini?
Persaingan sengit antara enam bintang iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E di pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang akan berlangsung malam ini.
Enam bintang GV9 kena ‘keluarkan taring’ dan ‘all out’ untuk melakukan persembahan sehabis baik di konsert yang akan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Sudah pasti semua peminat meletakkan harapan yang tinggi untuk penyanyi kesayangan mereka yang disokong sejak awal konsert minggu pertama sehingga hari ini itu bergelar juara GV9.
Sebagai wartawan bertugas sepanjang konsert GV9, penulis dapat melihat ‘improvement’ yang dilakukan setiap peserta yang ada juga antara mereka konsisten dengan persembahannya selain ada yang ‘turun naik’.
Malah mungkin penonton sendiri ada menjangkakan salah seorang bintang yang bakal membawa pulang gelaran juara GV9 memandangkan sentiasa berada dikedudukannya teratas atau selamat sejak minggu pertama.
Kita boleh melihat persembahan bintang Jaclyn Victor yang dari awal sudah menonjolkan vokal padunya selain persembahannya juga sentiasa mendapat pujian daripada juri tetap.
Bukan sahaja Jaclyn, Shila Amzah juga antara peserta GV9 yang sentiasa memastikan persembahannya dilakukan sehabis baik untuk kekal di kedudukan teratas.
Tidak lupa juga Tomok yang sudah meletakkan ‘standard’ persembahannya dari minggu pertama dan sentiasa memberi kejutan namun ada masa mendapat kritikan daripada juri.
Manakala Bob pula, vokalnya tak perlu dipertikaikan lagi memandangkan dia sememangnya memiliki kekuatan dari segi itu dan persembahannya juga dilihat antaranya mendapat banyak pujian.
Bercerita pula mengenai Hazrul pula, permulaannya yang agak gemuruh namun dia berjaya mengatasi masalahnya itu dan persembahannya semakin baik sehingga melayakkan dirinya di pentas akhir.
Siapa sangka kumpulan V.E yang pada mulanya ramai yang memikirkan mereka bertiga tidak akan sampai ke tahap ini, namun berjaya membuktikan tanggapan orang salah dengan sentiasa memperbaiki persembahan dari segi keharmonian suara.
Jadi, setiap bintang mempunyai kekuatan dan keistimewaan sehingga melayakkan mereka untuk berentap di gelanggang akhir GV9 namun persembahan minggu bukan la penentu siapa juara.
Mungkin, sejarah akan berulang kembali dengan munculnya 2 juara seperti penyanyi Hady Mirza dan Naqiu yang berkongsi gelaran itu di Gegar Vaganza musim ke-6.
Jaclyn? Shila? Tomok? Bob? Hazrul Nizam? V.E? Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV9 pada malam ini!
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024