Langkah Dina Nadzir dan Fuad Rahman terhenti apabila persembahan kedua-duanya gagal menarik perhatian juri sehingga mendapat markah terendah pada konsert minggu ke-10 Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam semalam.

Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.

Bertemakan Separuh Aku Ada Kamu, lapan peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Dina berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Selain itu, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Manakala Shila Amzah memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis air Cuckoo bernilai RM4,520.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Jaclyn Victor - Tapi Bukan Aku (Kerispatih) - 84.35%
Syafinaz: Saya suka, sebab Jac ni kalau nak menyanyi top to toe semua spot on. You put effort. Bila dengar you nyanyi, intonasi jarang off, most of the time bagus. Pada saya Jac jangan overdo your singing. Jangan fikir nak lawan dengan orang lain, lawan dengan diri sendiri. Tentang mikrofon, suara kamu halus, kalau tarik jauh suara tak dengar. Kena hati-hati.

Shila Amzah - Sang Dewi (Titi DJ) - 79.20%
Hetty Koes Endang: Lagu Sang Dewi ini ada dua karakter. Aslinya syahdu. Setelah dinyanyi semula oleh seseorang yang remaja jiwanya berubah. Kali ini kamu ambil dua sisi, versi dahulu dan sekarang. Dan range lagu lebar, kalau teknik tak sampai untuk nyanyi lagu ini, kamu habis. Kamu malam ini berhasil. Jangan cepat puas, kamu masuk ke final.

Bob Yusof - Ajari Aku (Andrian Martadinata) - 78.70%
Syafinaz: Saya suka… bila Bob menyanyi apa yang penting komunikasi emosi. Kita lihat teknik dan nada, but at the end of the day, emosi tu sampai atau tidak. Bila saya dengar saya rasa. Bob pandai main dinamik, dapat rasa graf naik dan turun. Overall, persembahan ini sangat steady.

Tomok - Suatu Masa (Datuk M. Nasir) - 75.95%
Ramli MS - Pada bahagian depan lagu kedengaran goyang, kurang stabil. Tapi pada bahagian belakang okey. Ini semi final, standard kena naik sikit.

Hazrul Nizam - Hal Hebat (Govinda) - 75.80%
Ramli MS: Selama 10 minggu saya tak pernah dengar kamu nyanyi lagu fast number. Berkenaan persembahan malam ini, kamu punya low note is not good. So so. Tak berapa okey hari ni.

VE - Azura (Datuk Jamal Abdillah) - 74.30%
Ramli MS: Yang paling okey dekat dialog tu sebab takda melodi. Adib is the strongest. Bila dia nyanyi gap dia jauh. Lagu ni bukan susah, tapi kamu buat banyak ad-lib yang menjemput error. Saya nak tunggu lagu lagi satu.

Dina Nadzir - Bukan Dia Tapi Aku (Judika) - 59.20%
Hetty Koes Endang: Ini malam semi final. Sebetulnya sebagai juri kami mahu nikmati persembahan kamu semua tanpa sebarang pembetulan. Tadi lurang cantik atas pentas goyang-goyang sebelum perform. Walaupun penonton di rumah tak dapat saksikan, tapi di sini orang nampak. Kamu kena siapkan gesture juara.

Lagu ini sangat berat, belum lagi perlu main perasaan… kelemahan kamu pada bahagian belakang selalu turun. Kamu juga banyak improvise, kena hati-hati. Kalau banyak improvasi, ia boleh bahayakan diri. Sikit-sikit sahaja lebih aman.

Fuad Rahman - Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) - 58.30%
Hetty Koes Endang: Kamu cara nyanyian berbeza… selalu kamu suara rock. Tapi malam ni cara balada. Kamu selalu ingat apa kata saya. Hanya banyak sekali out of tune di coda. Dengar semula lepas ni. Suara kena jaga, ini pertandingan, no excuse.

Segmen Duet
Fuad Rahman & Dina Nadzir - Boneka (Ernie Zakri)
Hetty Koes Endang: Intinya, tentu harus lebih chemistry… itu harus dapat. Mereka ada kekuatan masing-masing.

Tomok & Bob Yusof - Seniman Menangis (Ismail Haron)
Syafinaz: Bila nyanyi duet kita kena saling menyokong each other. Bagus.

VE & Hazrul Nizam - Kau Pun Sama (Syamel)

Shila Amzah & Jaclyn Victor - Sampai Bila (Misha Omar)

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.