,
Hiburan

"Habis Mewarna Teruih Ja Tangan Gatai Sign Nama..." - Nourul Depp Cerita Di Sebalik Pilihan...

Badrul Hashim
13/04/2019
16:14 MYT
Pada satu entri di Instagramnya, Nourul Wahab Depp bercerita tentang bagaimana dia dan suami mendapat idea untuk menamakan anak di dalam kandungannya.
Menurut Nourul, sebaik sahaja mereka memutuskan untuk mempunyai seorang lagi cahayamata, mereka merancang untuk mendapatkan anak perempuan. Kata suaminya Eric, merancang dan Insya-Allah, Allah akan tunaikan. Cuma perlu berusaha.
"Di sebalik gambar ini: june 2018 seperti tarikh di dalam gambar, kami satu keluarga ke Phuket. Tiba di resort itu, hujan berhari hari.
"Kami hanya di resort dan melayan anak-anak di playroom yang ada. Ada aktiviti mewarna. Kertas yang saya dapat ialah kertas ini," tulis Nourul merujuk kepada lukisan seorang gadis.
Menurut Nourul dia mewarna tanpa ada berfikir apa-apa dan hanya ingin melayan anak saja.
"Bila dah nak dekat habis tu, baru terfikir - eh dapat gambar ni. terfikir pasal baby girl yang kami plan.
"Habis mewarna, teruih ja tangan ni gatai sign nama Isabella sebab dalam kepala masa tu lagu Isabella yang dok terbayang," tambah Nourul.
Tambah Nourul lagi, dia berkongsi nama Isabella Depp bersama suaminya sambil menunjukkan lukisan tersebut.
"Dia kata simpan. Itu imaginasi yang bisa membantu untuk mencapai hasrat. Insya-Allah.
"2 bulan selepas itu tak lagi pregnant. Sehinggalah august saya putuskan tak apa lah kalau tak ada. Dah ada 3 anak pun," tulis Nourul lagi.
Kata Nourul, dalam membuat keputusan tersebut, tiba-tiba Allah mengurniakan tanpa disangka-sangka.
Nourul turut berkongsi bagaimana dia mengikut kalendar Cina untuk mengandung dan makan makanan yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.
"Apa yang nak dikatakan di sini ialah semua yang kita nak, kena plan, doa dan usaha. Imaginasi itu membantu andai kita benar mahukan sesuatu. Letak depan mata. Lihat tiap-tiap hari. Law of attraction! Insyaallah menjadi.
"Kami bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Bukan percayakan gambar ini. Ianya hanyalah secara kebetulan. Tapi usaha dan doa yang telah kami letakkan," kata Nourul.

Cerita di sebalik nama #isabella . Sebaik sahaja kami memutuskan untuk punyai seorang lagi cahayamata; kami memang plan untuk baby girl. Kata eric, kita plan, insyaAllah Allah bagi. Kita hanya perlu berusaha. . Di sebalik gambar ini : june 2018 seperti tarikh di dalam gambar, kami satu keluarga ke Phuket. Tiba di resort itu, hujan berhari hari. Kami hanya di resort dan melayan anak anak di playroom yang ada. Ada aktiviti mewarna. Kertas yang saya dapat ialah kertas ini. . Mewarna tanpa ada berfikir apa apa. Hanya nak melayan anak saja. Bila dah nak dekat habis tu, baru terfikir - eh dapat gambar ni... terfikir pasal baby girl yang kami plan. . Habis mewarna, teruih ja tangan ni gatai sign nama isabella sebab dalam kepala masa tu lagu #isabella yang dok terbayang. . Kami habaq kat laki kami, best jugak kalau nama isabella depp dan teruih tunjuk gambaq ni kat dia. Dia kata simpan. Itu imaginasi yang bisa membantu untuk mencapai hasrat. InsyaAllah . 2 bulan selepas itu tak lagi pregnant. Sehinggalah august saya putuskan tak apa lah kalau tak ada. Dah ada 3 anak pun . Dalam pada nak buat keputusan tu, Allah bagi! Tak sangka dan terkejut. . Saya memang plan ikut #kalendarcina untuk mengandung dan makan makanan untuk mendapatkan baby girl. . Apa yang nak dikatakan di sini ialah : Semua yang kita nak, kena plan, doa dan usaha. Imaginasi itu membantu andai kita benar mahukan sesuatu. Letak depan mata. Lihat tiap2 hari. Law of attraction! Insyaallah menjadi . Kami bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Bukan percayakan gambar ini. Ianya hanyalah secara kebetulan. Tapi usaha dan doa yang telah kami letakkan. . Itulah cerita kami sebalik nama #isabelladepp. Saja nak cerita. Gambaq ni kami frame la ni kat rumah. Saja kenangan . #babyno4 #isabelladepp #littledepp #firstdeppgirl . @ayu_ace do you remember this?

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Itulah cerita di sebalik nama Isabella Depp yang dipilih. Tambah Nourul, dia saja ingin berkongsi cerita, dan gambar tersebut dibingkaikan dan disimpan di rumah sebagai kenangan.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar