Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berharap orang ramai dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diseru kerajaan.
Walaupun agak sukar bagi sesetengah pihak namun perkara itu harus dilakukan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Dr Sheikh berkongsi beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sepanjang tempoh perintah tersebut berlangsung.
“Kerajaan telah mengeluarkan perintah untuk tinggal di rumah selama dua minggu yang pastinya merupakan satu tugasan sukar buat orang ramai.
“Ramai yang gelisah dan tidak kurang ada yang melanggar arahan dan masih kelihatan di khalayak ramai, membeli barangan runcit, ada juga yang pulang k e kampung untuk melawat orang tersayang dan banyak lagi.
“Tanpa kita sedari bahayanya COVID-19 ini… Setiap hari jumlah peningkatan mereka yang terkena jangkitan semakin menaik.
“Saya cuba mengambil pendekatan kuarantin ini secara positif, habiskan masa bersama keluarga tersayang dan banyak perkara yang anda boleh lakukan bersama anak-anak di rumah,” tulisnya.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Dr Sheikh.
1.Ulang kaji bersama anak-anak. Inilah masanya Bella dapat menghafaz Al-Quran dan juga mengajar Tasha Jawi dan Tajwid.
2.Membuat usaha untuk melakukan solat jamaah bersama anak-anak dan patuh kepada rutin harian. Selalu terlepas kerana mereka sibuk dengan kerja sekolah.
3.Mengajar mereka sukan baru. Buat pertama kalinya Bella dan Tasha dapat bermain badminton di halaman rumah manakala anak-anak lelaki pula bermain bola.
4.Menungga basikal di kawasan rumah. Hanya membawa anak-anak menaiki Scooter berdekatan dengan kawasan pagar rumah juga boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan.
5.Melakukan aktiviti seni dan kraft tangan seperti melukis dan mewarna bersama Adam dan Noah.
6.Main hujan. Selalu menjadi aktiviti yang paling seronol buat kanak-kanak.
7.Main masak-masak. Inilah masanya untuk mengajar Bella dan Tasha Teknik yang betul untuk memasak juadah yang sangat mudah seperti nasi goreng, scrambled eggs, kek dan lain-lain. Dah jadi anak dara dah mereka berdua ni.
8.Mambaca buku kegemaran mereka. Kami mempunyai perpustakaan penuh dengan buku yang belum dibaca. Tasha masih lagi dengan ‘Captain Underpants’ manakala Bella dengan ‘Teenage Themed ‘Books .
9.Memanjat pokok dan bermain dengan alam persekitaran. Anak-anak lelaki saya begitu gemar memanjat pokok yang begitu banyak dibelakang rumah.
10. Completing my parenting Book. Tinggal hanya beberapa sentuhan lagi sebelum saya menerbitkannya
Apapun jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan dan kurangkan aktiviti di luar rumah.