Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

Ainun
06/08/2024 14:26 MYT
Kemunculan Amir Ahnaf di konsert “DOLLA RE:BIRTH THE EXPERIENCE” pada 3 Ogos lalu di Zepp Kuala Lumpur telah menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka.

Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai Ka Ying, 24, memberi respon bahawa hubungannya bersama Amir hanyalah sekadar kawan tidak lebih dari itu.

Walau bagaimanapun, kehadiran aktor berkenaan adalah semata-mata untuk memenuhi jemputan yang diterima.

“Amir adalah kawan saya. Jadi, dia bertanya kepada saya ‘adakah saya boleh datang untuk menonton konsert awak atau tidak?’


“Saya pun menjawab boleh je datanglah sebab kami boleh menjemput kawan-kawan untuk menonton konsert kami dan kami berharap mereka semua terhibur dengan persembahan kami,” kata Angel kepada Gempak.

Angel turut mendedahkan bahawa mereka mula berkawan baik sejak berjumpa di sebuah rancangan televisyen hari raya dan sempat melakukan sebuah video di TikTok.

“Kami mula berkawan sejak kami melakukan video TikTok raya bersama-sama,” jelasnya.
Penjelasan Angel turut disokong oleh ahli yang lain kerana kehadiran Amir hanyalah untuk menyokong karier mereka sebagai penyanyi.

BERITA TRENDING: Lakar Sejarah, Impian Dolla Tercapai Adakan Konsert Perdana Khas Buat Peminat

BERITA TRENDING: Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

BERITA TRENDING: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

BERITA TRENDING: Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”


Sementara itu, Dolla turut mengumumkan berita gembira bahawa mereka mungkin akan mengadakan konsert di luar negara. Keputusan ini dibuat kerana mereka memiliki peminat di luar Malaysia yang ingin menyaksikan persembahan mereka secara langsung.

“Kami sudah ada bayangan untuk melakukan konsert di Singapura. Sebenarnya, ada juga yang terbang jauh untuk hadir ke konsert kami. Harapnya, mereka juga boleh melihat persembahan kami di sana nanti”, kongsi Tabby.
#Cinta #Hubungan #Kawan #DOLLA #Amir Ahnaf #Angel Dolla