Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hadir Ke Mahkamah Dengan Imej Botak, Da'i Syed Harap Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah, Saya Okay…”

Gempak
24/09/2024 02:26 MYT
Imej baharu pendakwah selebriti Da'i Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu pada Selasa menarik perhatian netizen.


Tampil imej botak


Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful tiba di mahkamah pada pukul 9.05 minit dilihat sudah membotakkan rambutnya.

Ketika ditemui media, Syed Iqmal berharap segala proses dipermudahkan selain memberitahu dirinya dalam keadaan baik sahaja.

"Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya okay,” katanya yang ditemani isterinya, Hana Ismail.


Hana bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut dan hanya meletakkan harapan supaya urusan suaminya dipermudahkan.

“Harap semuanya okay saja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan

ARTIKEL BERKAITAN:Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim


Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Tinggi memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
#Mahkamah #Rogol #Dai Syed #Rayuan #Hana Ismail #Borak