Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000
Maliah Surip
11/09/2024 16:55 MYT
11/09/2024 16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.
Hal ini lantaran ERK tidak hanya akan melantunkan untaian hit mereka tetapi penganjur Shezco Sdn Bhd menyediakan sesuatu istimewa yang bakal meninggalkan impak pada malam konsert.
Selain itu diskaun 15 peratus juga diberikan kepada pembeli dua tiket berdiri sempena Bulan Kemerdekaan.
Menyentuh mengenai konsert solo mereka untuk tahun ini di Malaysia, ERK memberitahu akan menunaikan hasrat peminat dengan membawa lagu mengikut permintaan.
“Boleh beritahu awal di media sosial atau permintaan anda pada malam konsert akan cuba ditunaikan ya,” janji ERK.
“Kami harap semoga para penonton senang dan bisa menerima karya-karya kami terutama yang terakhir kerana kami tidak mahu mengulang karya di album lama.
“Rimpang juga akan pertama kali dimainkan pada malam konsert tersebut,” ujar ERK.
Sementera itu bercakap mengenai usia band yang sudah melewati 20 tahun, ERK percaya kewujudan mereka dalam belantika muzik dan terus melahirkan karya kerana perasaan ingin tahu untuk terus meneroka.
“Kami berasa belum puas dan haus untuk mengetahui tentang muzik. Jadi sepanjang lebih 20 tahun ini kami menggali terus tentang muzik. Perasaan ingin tahu membuat kami kekal sehingga kini,” ujar ERK yang pertama kali memakai nama Efek Rumah kaca secara rasmi pada tahun 2005.
BERITA TRENDING: Liarnya Efek Rumah Kaca, Damainya Parade Hujan ; Dua Pertembungan Yang ‘Gila’!
Namun bukan hanya anggota kumpulan ERK iaitu Cholil Mahmud (vokal utama, gitar), Poppie Airil (vokal latar belakang dan bes) dan Akbar Bagus Sudibyo (dram, vokal latar belakang) dan Reza Ryan (gitar) sahaja yang patut teruja untuk beraksi tetapi peminat yang sudah membeli tiket dan bakal hadir juga patut mempunyai perasaan serupa.Hal ini lantaran ERK tidak hanya akan melantunkan untaian hit mereka tetapi penganjur Shezco Sdn Bhd menyediakan sesuatu istimewa yang bakal meninggalkan impak pada malam konsert.
Hadiah gitar RM2,000
Peminat bertuah akan pulang dengan gitar bernilai RM2,000 yang tentu sahaja memiliki tanda tangan setiap anggota ERK.“Istimewa buat peminat bertuah, anda akan menerima gitar bernilai RM2,000 bersama tanda tangan anggota ERK.
“Selain gitar, dua peminat bertuah akan menerima sekeping vinyl khas album terbaharu ERK berjudul Rimpang," kata Fandy dalam pertemuan virtual bersama media.
Selain itu diskaun 15 peratus juga diberikan kepada pembeli dua tiket berdiri sempena Bulan Kemerdekaan.
Menyentuh mengenai konsert solo mereka untuk tahun ini di Malaysia, ERK memberitahu akan menunaikan hasrat peminat dengan membawa lagu mengikut permintaan.
“Boleh beritahu awal di media sosial atau permintaan anda pada malam konsert akan cuba ditunaikan ya,” janji ERK.
Rimpang
Tentu sahaja pada malam konsert, ERK akan mendendangkan hit mereka seperti Disember dan Jatuh Cinta Itu Biasa dan memperkenalkan buat pertama kali karya dari album terkini, Rimpang.“Kami harap semoga para penonton senang dan bisa menerima karya-karya kami terutama yang terakhir kerana kami tidak mahu mengulang karya di album lama.