,
Laman Utama

Kejayaan Baru Nabila Huda, Tiket Konsert Efek Rumah Kaca x Pusakata Payung Teduh Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Syafiqah Jalal
28/10/2022
09:42 MYT
Pelakon dan penyanyi Nabila Huda kini berbangga apabila tiket Konsert Senandung Malam Efek Rumah Kaca x Pusakata Payung Teduh anjurannya telah terjual habis dalam masa 50 minit.
Konsert anjuran pertama syarikatnya Neptunes Presents nampaknya membuahkan satu kejayaan baru buat anak seni Nabila Huda.
Tiket bermula dengan harga RM180 (cat 2 & 4), RM220 (cat 1 & 3), manakala RM650 untuk sesi eksklusif meet & greet itu dijual habis untuk peminat setia mereka .
Konsert Senandung Malam Efek Rumah Kaca x Pusakata Payung Teduh dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 30 November 2022.
Senandung senandung mereka seperti Akad dan Menuju Senja (Payung Teduh) atau Jatuh Cinta Itu Biasa, Sebelah Mata dan Merdeka pasti akan membuai emosi peminat di sebalik permainan folk dan rock dari genre band masing masing.
Bagi Neptunes Presents, mengumpulkan mantan vokalis Payung Teduh, Pusakata yang meninggalkan kugiran itu pada 2018, lalu digabungkan pula bersama Efek Rumah Kaca umpama ‘durian runtuh’ buat mereka.
“Saya percaya penggemar muzik aliran indie, folk atau rock yang sangat mengikuti dekat tentang karya dan perkembangan terkini Payung Teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton kehebatan mereka dalam Senandung Semalam.
“Jika peminat berteriak gembira dan tidak sabar untuk datang ke Zepp KL pada 30 November 2022 nanti, kami di Neptunes Presents pula seperti sudah sebelah tangan mendapat durian runtuh. Saya suka kepada kedamaian & ketenangan. Bagi saya Payung teduh, pusakata & efek rumah kaca adalah contoh muzik Yang akan membawa kite mengembara ke Satu alam Yang Amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat peminat muzik untuk bersama2 saya bernyanyi di senandung malam”, ujar Nabila Huda selaku penganjur
“Saya suka kepada kedamaian dan ketenangan. Bagi saya Payung teduh, Pusakata dan Efek Rumah Kaca adalah contoh muzik yang akan membawa kite mengembara ke satu alam yang amat menyenangkan. Jadi saya mengajak peminat-peminat muzik untuk bersama-sama saya bernyanyi di senandung malam,” tambah Nabila Huda.
Efek Rumah Kaca juga melahirkan kebahagiaan yang sama untuk kembali ke Malaysia.
“Kami amat berbesar hati dan teruja untuk berkongsi pentas dengan the one and only Payung Teduh.
“Apa lagi momen bermakna ini diabadikan di Malaysia, sebuah kesempatan yang tidak mungkin dilepaskan saat pertama kali penganjur menawarkan ‘pekerjaan’ ini.
“Bukan hanya peminat, tetapi kami sendiri di Efek Rumah Kaca melihat konsert ini sebagai salam silaturahmi setelah sekian lama tidak menyapa anda di sini,” ujar wakil Efek Rumah Kaca.
Bagi para penggerak Payuh Teduh sendiri, mengaku tidak punya alasan untuk menolak tawaran bermain di konsert ditawarkan ini.
Bukan hanya soal berapa ramai peminat yang hadir kelak, tetapi lebih bagaimana mereka sedar dan menyaksikan dengan empat mata muzik Payung Teduh menerima apresiasi yang baik dari para penggemar di Malaysia.
“Pertama kali dilamar penganjur kami sudah tidak punya alasan untuk menolak. Dan kemudian saat diberitahu ini merupakan projek perdana kolaborasi dengan band favorit dan berprolifik seperti Efek Rumah Kaca, tiada siapa di antara kami yang bilang ‘No’.
“Ayuh kita lakukan dan menikmati apresiasi yang akan hadir dari bukan hanya peminat Payung Teduh, tetapi fans-nya Efek Rumah Kaca sendiri,” kata dari Payung Teduh.
Untuk semua peminat, locked tanggal dan harga tiket Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca ini ketat ketat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.