Tak terbayangkan bagaimana dua kugiran terkenal Indonesia, Efek Rumah Kaca dan Parade Hujan yang sebelum ini harum dengan nama Payung Teduh akan berkongsi panggung menghiburkan peminat.
Ironi, ini juga adalah perkongsian panggung perdana kali buat Efek Rumah Kaca dan Parade Hujan. Penyatuan itu menariknya tidak terjadi di bumi kelahiran mereka, tetapi di Malaysia.
Dan rekod itu dipegang oleh penganjur, Neptunes Presents, yang juga pertama kali menganjurkan acara muzik.
Tepukan dan ucap syabas harus diberikan kepada Nabila Huda, aktres terkenal tanah air, yang hanya dengan ingin memiliki hadiah ulang tahun paling indah dari suaminya, Bert, untuk menonton Parade Hujan, ia telah menjadi sebuah mimpi yang dipeluk Tuhan.
Lebih menarik, daripada ingin menonton secara peribadi, ia kemudian bertukar sebagai sebuah konsert yang tentulah disambut dengan riuh rendah dan penuh keterujaan bagi peminat mereka.
Lantas saat Efek Rumah Kaca membuka tirai Senandung Malam dalam Outloud Indonesian Series di Zepp KL yang berlangsung 30 November lalu, seperti dijangka, konsert ini ‘pecah’!
Muzik liar band yang telah menjadi kegilaan peminatnya sejak tahun 2007 itu tidak dapat ‘ditangkap’ lalu terus menerewang ke segenap ruang Zepp KL.
Liar, namun menyenangkan setiap ketukan dram sehingga gorengan gitar dan bass sebelum vokal Cholil Mahmud membikin kagum ; masih ‘keras’, ‘jelas’ dan mantap meski menurut beliau, sukar hidup di dua alam sebagai pelajar dan mencuri masa bermuzik.
Saat hit mereka seperti Melankolia, Kamar Gelap, Putih, Jatuh Cinta Itu Bisa Saja dan Sebelah Mata dilantunkan, tak ada peminatnya yang tidak ‘gila’ dan ikut meliar.
Efek Rumah Kaca masih memberi efek yang luar biasa, biar akui mereka sudah jarang manggung lantaran keterbatasan waktu, tetapi lewat siri Senandung Malam, mereka meliar. Liar yang semakin dinikmati semakin indah!
Sebelum puing puing liar itu berkumpul dan larut menikmati persembahan Parade Hujan yang mengisi panggung dalam beberapa jeda kemudian.
Tentulah Is atau Pusakata yang sebelumnya meninggalkan Payung Teduh pada 2017 menjadi titik fokus.
“Jadi malam ini secara rasmi dan pertama kali, Payuh Teduh sudah tidak wujud. Yang wujud sekarang adalah Parade Hujan.
“Mengapa kami memilih Parade Hujan kerana di dalam hujan ada penuh keberkahan,” jelas Is disambut gemuruh gembira peminat.
Dengan hanya memberi salam, mereka terus menghipnotis peminat lewat melankolik dan goyang keroncong dalam lagu lagu seperti Untuk Perempuan, Cerita Di Atas Meja dan Datang.
Sesekali Is bercanda; “Dua seringgit”, yang membuat heboh Zepp KL.
Namun saat beliau fokus mengalunkan hit lainnya seperti Gunung Laut, Resah, Akad sebelum ditutup dengan Menuju Senja dengan vokal yang cukup gifted seperti mana Allah memberi sifat geniusnya sebagai seniman muzik, semua seperti dihipnotis.
Takzim mendengar, takzim menyanyi dan takzim bergoyang tanpa mahu konsert itu dihentikan.
Namun, setiap yang bermula pasti berakhir. Tiga jam yang tidak terasa, Tiga jam yang penuh liar dan kemudian ditenangkan dengan karya berbentuk berontak tetapi healing dari dua kumpulan berbeza genre ternyata satu gabungan yang sangat menjadi!
Tahniah Neptunes Presents, tahniah Efek Rumah Kaca dan tahniah Parade Hujan. Kalian memang luar biasa ‘gila’!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Maliah Surip
Fri Dec 02 2022


Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik