Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Maliah Surip
08/05/2024 11:45 MYT
08/05/2024 11:45 MYT
Acara yang sentiasa menjadi perhatian dunia terutama buat golongan pencinta fesyen iaitu Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
Hampir kesemua selebriti yang hadir mencuri tumpuan dengan fesyen yang diperagakan.
Hampir kesemua selebriti yang hadir mencuri tumpuan dengan fesyen yang diperagakan.
BERITA TRENDING: #MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Selain Zendaya, Kim Kardashian, Cardi B dan Jennifer Lopez yang disifatkan antara selebriti dengan penampilan menyerlah, kehadiran bintang Bollywood, Alia Bhatt turut tidak mengecewakan.
Bhatt hadir menggenakan busana tradisional India iaitu Sari yang sangat mempersona baik dari segi pemilihan warna hijau lembut juga rekaannya.
Merupakan penampilan keduanya ke acara yang penuh dengan pelbagai rekaan kreatif para karyawan fesyen, Bhatt memberi kepercayaan kepada pereka Sabyasachi untuk mereka sari tersebut.
Tersarung cantik di tubuhnya, sari tersebut diilhamkan daripada kisah pendek yang ditulis JG Ballard pada tahun 1962 dengan tema kecantikan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bhatt memberitahu sari yang diperagakan dihasilkan dengan tangan dan kepakaran daripada 163 karyawan.

Kisah Ballard
Dipenuhi dengan sulaman tangan dan sutera, manik berkaca dan batu permata, sari tersebut mengambil masa selama 1,965 jam untuk disiapkan.
BERITA TRENDING: Watak Pelacur Bawa Tuah! Gangubai Kathiawadi Kaut 10 Trofi Filmfare Awards 2023!
“Rekaan sari ini mencipta sensasi tersendiri bukan sahaja kerana mengikut tema taman yang diinspirasikan dari kisah Ballard tetapi sebagai satu tribute buat industri kraf dan pembikinan sari.
“Sabyasachi tahu melakukan magis terhadap rekaan moden tapi sofistikated sehingga mampu menawan dunia. Ini (sari) adalah transisi dari seni tradisional kepada avant-garde aesthetic,” katanya seperti dilaporkan Vogue.