Berita
Hael Husaini Pilih 'Bulu' Nak Beri Lagu? Ini Penjelasannya..
Penyanyi dan komposer Hael Husaini menafikan dakwaan kononnya dia bersikap pilih bulu dalam memberikan lagu ciptaannya kepada mana-mana individu yang datang kepadanya.
Menurut Hael, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat khusus untuk memberikan karyanya kepada penyanyi yang datang kepadanya.
"Mana ada begitu (pilih artis yang ada nama). Tak ada istilah penyanyi 'vass' ke tak. Bagi saya semua sama sahaja. Kalau yang datang itu ada nama, alhamdulillah.
Advertisement
"Kalau yang datang tak ada nama pun, saya terima sebab saya sentiasa suka bereksperimen. Ada sahaja yang 'vass' tak datang, tapi bila saya ada peluang kerjasama, itu kira ada rezeki," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Hael lagi, dia juga sentiasa bersikap telus kepada mana-mana pihak yang mendekatinya untuk mendapatkan lagu.
Bahkan, katanya, tidak wujud isu sukar mendapatkan lagu daripadanya yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.dia mengakui memerlukan masa dalam
"Tak susah, cuma otak saya ni lembab sikit. Saya memerlukan masa untuk cipta lagu, kalau boleh saya pentingkan kualiti daripada kuantiti.
"Saya jarang nak bagi orang tertunggu. Biasanya saya akan terus terang kalau mereka jelaskan bahawa tahun ni saya tak dapat tapi kalau ada lagu saya akan bagi.
"Biarlah kalau satu single tu orang amanatkan buat lagu, karya itu menjadi yang terbaik buat mereka dan berpuas hati," katanya.
Sebelum ini, Hael pernah menghasilkan lagu Anta Permana buat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bahkan, rata-rata lagu ciptaannya juga diberikan kepada rakan-rakan seangkatannya dari Akademi Fantasia termasuklah Nabila Razali, Amira Othman dan Indah Ruhaila.
Dalam perkembangan lain, kata Hael dia merancang untuk muncul dengan album pada tahun ini.
Must-Watch Video