Puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meraikan ulang tahun kelahirannya ke-40 pada Jumaat lalu (11 Januari 2019).

Berlangsung penuh meriah bertemakan kilauan warna emas, Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur menjadi saksi majlis tersebut.

Majlis ulang tahun kelahiran Siti bertanda pagarkan #SitiGolden40th dihadiri oleh deretan nama besar negara.

Kiranya Gempak masih belum move-on dengan majlis #SitiGolden40th, jadi kami kongsikan momen-momen indah pada malam tersebut.

1. Sepertimana temanya, tetamu yang hadir ke majlis itu menepati tema dengan mengenakan busana berona emas.

2. Siti juga menyarung pantsuit emas rekaan Rizman Ruzaini.

Birthday girl wearing a custom gold jumpsuit #rizmanruzaini @ctdk make up by @epie_temerloh -#sitigolden40th

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Dato Sri Siti Nurhaliza and Siti Aafiyah wearing a custom gold ensemble from #rizmanruzaini @ctdk @aafiyahkhalid make up by @epie_temerloh photograph by @kakifoto_

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on


3. Lucunya, busana yang digayakan oleh Datin Fouziah Gous mirip-mirip dengan busana Siti. But, there is nothing wrong in this industry kan!

Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or my design but specially designed by @syafieq_ayman . Apa pun kebetulan yg berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album.. definitely im gonna print this? Thank you for the picture @nb.co_

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


4. Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu Ragaman (Faizal Tahir) dan Seluruh Cinta dari bintang Big Stage, Syafiq Farhain, Fara Hezel dan Sissy Iman.

5. Khai Bahar dan Lan Solo turut dijemput untuk menyanyikan lagu popular Siti, Anta Permana dan Wajah Kekasih. Power!

6. Hael Husaini turut menghiburkan tetamu. Dek terlalu teruja memberikan ucapan sampaikan tersasul ucap 'Selamat Pengantin Baru' buat Siti. Aduhai...

Hello Pulis Hael salah bual ? . Ampun kak iti @ctdk Selamat Hari Jadi maafkan saya ????? . #haelhusaini #sitigolden40th

A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on


7. Paling dinanti-nantikan pastilah upacara memotong kek hari jadi. Wah sampai dua biji kek setinggi lima tingkat dan tiga tingkat meraikan 'birthday girl' tau. Ketika itu seisi dewan bangun menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buat siti.

Celebrating Dato' Sri Siti Nurhaliza's 40th Golden Year @ctdk . Event Manager : Ebieyt @adalaconcept Decoration : #adalaconcept Event Coordinator : Adala Concept Emcee : @hardy_rb Fashion Designer : @rizmanruzaini Makeup Artist : @epie_temerloh Official Photographer : @kakifoto_ Official Videographer : @rasafilm.co Cake Designer : @madaboutcake_official @chocolatebyaudi #sitigolden40th

A post shared by Weddings & Events (@adalaconcept) on

Celebrating Dato' Sri Siti Nurhaliza's 40th Golden Year @ctdk . Event Manager : Ebieyt @adalaconcept Decoration : #adalaconcept Event Coordinator : Adala Concept Emcee : @hardy_rb Fashion Designer : @rizmanruzaini Makeup Artist : @epie_temerloh Official Photographer : @kakifoto_ Official Videographer : @rasafilm.co Cake Designer : @madaboutcake_official @chocolatebyaudi #sitigolden40th

A post shared by Weddings & Events (@adalaconcept) on



8. Siti turut menghadiahkan sebentuk gelang emas buat ibunya tercinta, Siti Salmah Bachik.

9. Siti tak melepaskan peluang untuk menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis hari jadinya, Can't Take My Eyes Off You (Joseph Vincent) menjadi pilihan Siti.

10. Tetamu yang hadir beratur panjang untuk bergambar kenangan bersama Siti. Majlis berakhir sekitar pukul 12 tengah malam! Such a beautiful moment to remember!

Kami di Gempak sekali lagi merakamkan ucapan Selamat Hari Jadi buat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Teruslah menjadi intan dan bintang buat kami.