Tahun ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah.

Perintah Diraja pemilihan beliau diumumkan oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi baru baru ini.

Siapakah Sheikh Maher?

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai penyampai khutbah Arafah tahun ini:

1. Sheikh Maher dilahirkan di Madinah pada tahun 1969 dan telah menghafal al-Quran sejak muda.

2. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Perguruan Madinah, beliau mengajar matematik di Makkah.


ARTIKEL BERKAITAN: Waktu Paling Mustajab Berdoa, Ini Contoh Doa Sempena Hari Arafah

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”



3. Beliau kemudian menjadi mentor pelajar di Sekolah Prince Abdul Majeed.

4. Sheikh Maher memegang ijazah sarjana dalam bidang fiqh dari Universiti Umm Al-Qura dan juga doktor falsafah dalam bidang tafsir Al-Quran dan fiqh Islam.

5. Beliau berkhidmat sebagai penolong profesor dan timbalan dekan di Fakulti Pengajian Siswazah dan Penyelidikan Saintifik.

6. Sheikh Maher telah menjadi imam dan khatib di Masjid Al Sa’adi, Kejiranan Al-Awali, Makkah.


ARTIKEL BERKAITAN: Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

ARTIKEL BERKAITAN: “Kulit Tapak Kaki Koyak, Berpuluh Kali Siram Air Botol Kat Kepala”- Cuaca Panas Teruk, Zul Ariffin Tetap Syukur Dapat Tunai Haji

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggal Lah Kejap Media Sosial Ni Datuk…” - Masih Aktif Muat Naik Content, Netizen Nasihat Aliff Syukri Fokus Ibadah Haji

7. Beliau pernah memimpin jemaah di Masjid Nabawi semasa Bulan Ramadan tahun 1426H dan 1427H.

8. Pada tahun 1428H, beliau ditugaskan untuk memimpin solat tarawih dan tahajjud di Masjidil Haram, Makkah, semasa bulan Ramadan.

9. Khutbah Arafah boleh diikuti dalam 50 bahasa dan di YouTube.

Sumber: AWANI