Nama pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas isteri kepada aktor tersebut, Nurul Shuhada mendedahkan suaminya telah berlaku curang dibelakangnya.

Susulan pendedahan itu, rata-rata wargamaya telah berkampung dan menyerang Instagram milik Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 28, sejak petang Khamis.

Menjengah ke ruangan balas perkongsian terbaharu Hafidz, ramai wargamaya meluahkan rasa geram dan berang dengan tindakan aktor itu yang sanggup megkhianati isterinya.

“Tak fikir ke isteri susah senang dengan awak? Tak menghargai isteri ke? Awak tak pertahankan pun isteri dan anak-anak,” kata seorang netizen.

“Kesianya wife awak penat jaga anak-anak, semoga si penyond*l itu dapat balasan,” ujar seorang wargamaya.

“Berlakon tak seberapa, macam kayu. Lepastu acah-acah alim. Konon terpaling bagus,” kata seorang lagi netizen

“Mana boleh khianati isteri. Bini ini level dia lain, sangat special dalam agama. Nikah ni perjanjian dengan Allah. Kalau kau khianati pernikahan sendiri, Allah akan balas,” komen seorang warganet.

Sementara itu, usaha Gempak untuk mendapatkan maklum balas daripada Hafidz tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dilakukan tidak dijawab.

Malah, sehingga saat ini, Hafidz masih mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan.

Terdahulu, Nurul Shuhada menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories meluahkan perasaan dengan memberi bayangan bahawa Hafidz telah berlaku curang dan diganggu oleh pihak ketiga.

BACA: Sangka Baik Makan Diri, Isteri Hafidz Roshdi Dedah Suami Curang -“Jangan Jadi Isteri Bodoh Macam Saya”