Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mendedahkan ada bertemu dengan Da’i Syed pada malam sebelum pendakwah selebriti itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 36, berkata Syed berjumpa atas tujuan untuk meminta nasihat dan pandangan.

"Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal. Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan.

"Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah. Dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dirinya," tulisnya di Instagram (IG) semalam.

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)


Dalam pada itu, pelantun lagu Kasih Padamu menasihati pemilik nama Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail untuk menghadapi segalanya serta belajar dari pengalaman yang berlaku.

"Saya dah bagitau Syed, kena hadapi segala-galanya, secara mental dan fizikal. Dia tunduk, faham.

"Semoga Syed belajar dari pengalaman ini. Pada saya, yang salah tetap salah. Tetapi sebagai kenalan, tetap ada simpati kepada dia," tulisnya lagi.

Terdahulu, Syed direman lima hari pada 27 November bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Pada malam Isnin, polis menerima enam laporan kes salah laku seks berkaitan pendakwah yang turut bergelar penyanyi itu.

Siasatan bakal dijalankan di bawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

Susulan itu, perintah reman dilanjutkan selama lima hari bermula Rabu sehingga Ahad ini.

BACA: Tahanan Reman Dilanjutkan Lima Hari, Da’i Syed Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku Seks