Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak mengambil pusing kecaman yang diterimanya selepas memuat naik ciapan mengenai lagu Peluang Kedua, di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 malam tadi.

Ciapan Hafiz menjadi trending di laman sosial Twitter apabila ia dianggap sindiran sinis oleh peminat Nabila Razali, penyanyi lagu tersebut.

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan,” ciap Hafiz.

Hafiz ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak berniat untuk mengutuk atau merendahkan sesiapa, tetapi ia pandangan sebagai seorang peminat.

“Biarlah kalau mereka nak kecam saya…Saya bukan kutuk, tetapi itu pandangan peribadi sebagai seorang peminat lagu itu.

“Bayangkan, lagu yang satu Malaysia suka tetapi tidak kesampaian…itu sahaja. Tetapi ciapan saya tu buat peminat Nabila marah pula.

“Its okay, saya tidak berkecil hati pun. Saya sentiasa support rakan-rakan seangkatan dalam industri ini,” katanya.

Nabila Razali sekali lagi menjadi trending malam tadi selepas ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini.

Disebalik kecaman yang dilemparkan, Nabila turut menerima kata-kata semangat daripada peminat dan rakan-rakan selebriti.