Hasrat Allahyarham Syed Umar Mokhtarr Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey untuk bertemu dengan bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan tidak kesempaian apabila terlebih dahulu dijemput ilahi.

Dedah Nazrey Johani, Abam pernah menghubunginya sebelum ini untuk membawa anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bertemunya dan mendengar nyanyian lagu Khabar Iman secara langsung.

"Saya nak lagu Raihan, Khabar Iman ustaz nyanyi semula. Saya peminat ustaz, teringin nak jumpa ustaz," tulis Abam pada ruangan komen akaun Instagram Nazrey beberapa bulan lalu.

Nazrey kemudiannya membalas kiriman teks Abam dan berjanji untuk bertemunya di Kuala Lumpur.

"Semoga Allah merahmati Almarhum. Hajat arwah untuk bawa anak yang baru lahir berjumpa yang tidak berkesepatan," cerita Nazrey lagi.

Semoga Allah merahmati Almarhum .... Hajat beliau (arwah) untuk bawa anak yg baru lahir berjumpa yg tidak berkesempatan .... (dgn izin Allah SWT) ... di Hotel Grand Hyatt , KL . @abam_bocik

A post shared by Nazrey Johani (@nazrey_johani1996) on


Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu di kediamannya dipercayai akibat demam panas.

Nama Nazrey kembali disebut-sebut apabila merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Raihan, Iman Mutiara tahun lalu.

Selain itu, Nazrey turut merakamkan semula lagu Sesungguhnya versi 2020.

Dalam perkembangan lain, Nazrey tampil berkolaborasi dengan penyanyi muda Ariff Bahran menerusi single terbaharu berjudul Sebenarnya Cinta.