,
Hiburan

Hamil 3 Bulan, Betty Rahmad Tak Alami Alahan

Amri Hassan
16/07/2018
03:48 MYT
Kira-kira enam bulan lagi, pasangan Betty Rahmad dan suaminya, Ardi Damis akan menimang cahaya mata sulung mereka.
Bakal melalui pengalaman pertama sebagai ibu dan ayah, perasaan berdebar bercampur gembira mula dirasai oleh pasangan ini.
"Alhamdulillah, kandungan saya sudah masuk usia tiga bulan. Pada trimester pertama, saya tidak loya, muntah-muntah, alahan makanan pun tak ada.
"Saya tak ada mengidam yang pelik-pelik. Kalau teringin pun semua yang saya boleh masak sendiri.
"Bermula minggu keenam hingga kesepuluh, saya tak larat nak buat apa-apa kerja. Saya cepat rasa penat dan wajib tidur pada waktu siang padahal sebelum ini saya bukan jenis tidur siang," katanya.
Betty ditemui ketika menghadiri majlis rumah terbuka Amar Baharin dan Amyra Rosli di 9Kedondong baru-baru ini.
Cerita Betty, dia mendapat tahu dirinya hamil setelah lambat datang bulan dan memeriksa menggunakan alat penguji kehamilan sendirian.
"Secara jujurnya saya menginginkan anak perempuan. Tetapi saya terima rezeki Allah, tak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat tubuh badan," katanya kepada Gempak.
Betty dan Ardy bernikah pada 4 Februari lalu di Glamhall, Damansara Perdana selepas empat tahun bercinta.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

gempak
28/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa syukur kerana segala urusan sepanjang kehamilan zuriat pertamanya dipermudahkan.
Hiburan

Nabila Razali Umum Hamil Anak Sulung, Dijangka Bersalin Januari Depan

gempak
04/10/2024
03:13 MYT
Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32 bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani,39, meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima.
Hiburan

Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

gempak
01/09/2024
07:03 MYT
Belum pun reda kisah bersalah rogol wanita, timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan di media sosial membabitkan pendakwah Da’i Syed.
Hiburan

"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
10/08/2024
21:55 MYT
Selepas lima tahun berkahwin, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan isteri, Nurul Ain bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi.
Viral

Tyra Kamaruzzaman Kini Hamil Anak Pertama

gempak
03/08/2024
07:25 MYT
Pengasas kosmetik T.K, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa bersyukur dan teruja apabila dirinya kini hamil anak pertama.
Anmum