Hiburan

Hamil Anak Sulung, Stacy & Akim Bakal Timang Cahaya Mata

Ahmad Shah
18/08/2016
17:49 MYT
Pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam bakal menimang cahaya mata sulung.
Menerusi kemaskini laman Instagram Akim yang memuatnaik gambarnya bersama Stacy dan anak angkat mereka, Bella, vokalis kumpulan Akim and The Majistret itu menyampaikan ucapan hari lahir yang ke-26 buat isterinya, sekaligus mengumumkan yang Stacy kini sedang hamil.
Berikut merupakan kapsyen entri Instagram tersebut:
"Selamat ulangtahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.
"Semoga di hari ulangtahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini," tulis Akim.
Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 25, dan Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari lalu di Kota Kinabalu, Sabah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

gempak
20/07/2024
00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Hiburan

Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

gempak
18/07/2024
21:55 MYT
Pelakon Intan Najuwa memahami kebimbangan segelintir netizen mengenai perkongsian tentang kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
Hiburan

Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons

gempak
14/07/2024
01:55 MYT
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.