Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hamil Baby Girl, Mawar Rashid Mengidam Pakai Emas - "Beberapa Hari Sebelum Bersalin, Cepat-Cepat Lari Kedai Emas ..."

Zulaikha Yusof
28/12/2020 08:23 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 25, mendedahkan dia mengidam untuk memakai perhiasan emas ketika hamil anak kedua ini.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata walaupun hanya berada di rumah, dia suka memakai barang kemas dari kepala hingga ke kaki.

"Mengidam nak pakai emas.. Dari sebelum dapat tahu mengandung, walaupun kat rumah, dari kepala hingga kaki pakai barang kemas emas," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada Raf Yaakob ini menyatakan dia sempat berkunjung ke kedai emas untuk membeli perhiasan untuk diri dan anak perempuannya yang dijangka lahir tidak lama lagi.

"Ni beberapa hari sebelum bersalin ni, cepat-cepat lari kedai emas untuk belikan emas untuk my baby girl, dan mommy dia.. Hehehe lebih kepada mommy dia sebenarnya," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Mawar dan Raf mengumumkan bahawa mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya ketika majlis Baby Gender Reveal.

BACA: Tahniah! Mawar Rashid & Raf Yaakob Bakal Timang Bayi Perempuan

Mawar dan Raf, 35, telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.

Jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted.

#GempakMostWanted2020: DG Hisham, Ebit Lew, Tok Ti & Cik B Antara Yang Bersaing! Lets Undi!

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!



#Mawar Rashid #Baby Girl #Barang Kemas #Ngidam