Pelakon Mawar Rashid, 25, dan suami, Raf Yaakob, 35, mengumumkan bahawa mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya.

Berita gembira itu didedahkan menerusi akaun Youtube Mawar Rashid, sebentar tadi.

"Siapa sokong perempuan? Angkat tangan," kata Mawar sebelum memecahkan belon untuk mengetahui jantina bakal anak keduanya itu.

Dalam pada itu, Raf turut mendoakan agar urusan isteri tercinta untuk melahirkan anak mereka dipermudahkan.

"Ya Allah kau permudahkan la isteri aku supaya beliau senang bersalin. Kau jadikanlah kandungannya sihat, yang sempurna akal fizikal ya Allah," katanya.

Majlis Baby Gender Reveal yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat itu diadakan di The Penthouse KLCC

Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.