,
Hiburan

Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

Firdaus
17/07/2024
14:55 MYT
Hampir tiga dekad bertahan di dalam industri muzik tanah air, band rock Spider yang dianggotai oleh Tam (vokalis), Pown (gitar), Eiz (bass) dan Aie (dram) tampil menyatakan bahawa perhubungan antara satu sama lain merupakan faktor utama mereka kekal lama sebagai sebuah kumpulan.

Ketelusan Kunci Utama

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, 51, di mana dirinya mengakui ketelusan adalah kunci utama dalam memastikan kumpulan tersebut sentiasa bertahan di dalam industri seni.

“Sebagai satu band, kita kena ada hubungan antara satu sama lain. Kalau hubungan kita kuat, yang selebihnya akan berjalan dengan lancar.

“Ketelusan itu penting, kalau tak ada ketelusan dalam band maka ia akan jadi separuh jalan. Kerjasama dalam kumpulan itu penting sebab ia beri impak kepada karya,” katanya.
Tam berkata sedemikian ketika ditemui semasa sidang media Konsert Mahardika yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bercerita lebih lanjut, Tam tidak menafikan terdapat cabaran untuk melangsungkan karier dalam bidang muzik kerana pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan namun enggan menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk tidak menghasilkan karya yang baik buat peminat.
“Cabaran sudah semestinya ada, macam kita tengok sekarang barisan kumpulan Spider pun dah lain. Ada yang bila dah berumur sedikit mula ada masalah kesihatan.
“Perkara-perkara macam ni yang kita perlu tangani dengan tenang. Tak boleh melatah, dan kami cuba sebaik mungkin dalam berkarya demi peminat,” jelasnya lagi.

BERITA TRENDING:Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor

​BERITA TRENDING:Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

​BERITA TRENDING:Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’, 4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

​BERITA TRENDING:Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

Sekadar info, Spider bakal beraksi dalam konsert Mahardika bersama-sama dengan kugiran Masdo dan ratu rock negara, Ella pada 30 Ogos ini di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.
Pembelian tiket boleh dilakukan di WWW.TICKET2U.COM. Harga tiket bermula pada RM98 (STANDING), RMT18 (SILVER ZONE), RMTZE (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

gempak
04/09/2024
03:55 MYT
Personaliti media sosial, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa dirinya sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka.