Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hampir Setahun Berhijab, Neera Azizi Syukur Tunang Banyak Bagi Sokongan – “Dia Mahu Tengok Saya Bertudung Tapi Dia Tak Paksa”

Khairil Khusyairi 10/01/2025 | 09:25 MYT
Pelakon Neera Azizi mengakui hatinya terbuka untuk berhijab selepas bermimpi sebaik pulang mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu.

Mimpi Berhijab Berturut-Turut

Neera atau nama sebenar, Nurazneera Azizi, 27, memaklumkan ada kalanya berasa rimas dengan penampilan tersebut namun syukur tunangnya selalu memberi sokongan.

“Selepas pulang dari mengerjakan umrah, tiga malam berturut-turut saya mimpi pakai tudung.

“Pada malam ketiga, saya fikir perlu pakai tudung, perasaan itu datang sendiri.

“Kadang-kadang kalau ada rasa rimas sebab baru pertama kali, tunang saya yang banyak beri sokongan,” katanya ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Hukum Kifarah di sebuah hotel di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Syukur Tunang Bagi Sokongan

Bakal berkahwin pada Julai depan dengan seorang mutawif, Neera mendedahkan perkenalan dengan jejaka itu juga menjadi antara faktor yang mendorongnya untuk berhijab.

“Pada awal perkenalan, saya masih belum bertudung. Selepas bertunang dia cakap kalau boleh mahu tengok saya bertudung, tapi dia tidak memaksa.

“Dia tak mahu saya bertudung sebab dia dan akan buka sekiranya ada sesuatu terjadi. Jadi, saya ambil langkah perlahan-lahan untuk bertudung,” kongsinya lagi.

Neera bakal muncul sebagai pelakon utama dalam filem Hukum Kifarah yang akan memulakan penggambaran bulan depan.
Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut adalah Farid Kamil, Datuk Jalaluddin Hassan, Syaiful Zero, Imuda dan beberapa pempengaruh media sosial.
Filem yang diarahkan Roy dengan skrip ditulis Epy Kodiang itu dijangka ditayangkan pada suku pertama 2026.

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Seronok Hadiri Majlis Ilmu, Tak Pernah Jemu Belajar Perbaiki Diri - “Bukan Acah-Acah Baik & Terpaling Bagus Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

#pelakon #Bertudung #Tunang #Hijrah #Istiqamah #Neera Azizi #Sokongan
;