Skip to main content

Budaya Popular

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

astro_gempak_scha-elinnea-manis-bertudung.png
Advertisement
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.

Tampil Manis Berhijab

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 25, tampil sopan apabila bertudung litup di sebuah acara.

Difahamkan Scha mengenakan hijab tersebut ketika berkunjung ke negeri Terengganu tempoh hari.

Manis dan sopan, ternyata penampilan pelakon Mr Grey itu mendapat reaksi positif dikalangan peminat.

Advertisement

Peminat Puji

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji kecantikan Scha apabila berhijab.

“MasyaAllah nampak lain bila pakai tudung. Makin cantik,” tulis peminat.

“Lebih suka tengok kakak pakai jilbab auranya MasyaAllah,” komen peminat lain.

“Yeay dah boleh like gambar Scha, cantik,” puji netizen lagi.

“Cantiknya awak bertudung Scha,” komen netizen lagi.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement