Hiburan
Hanez Suraya Sambut Birthday Puteri Sulung Di Jepun
Pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Hanez Suraya menyambut ulangtahun kelahiran puteri sulungnya, Putri Aleesya di Jepun.
Menerusi kemaskini laman sosial Instagram milik Hanez, dramatis ini memuatnaik sekeping foto beserta ucapan yang ditujukan khas kepada anaknya yang kini berusia genap setahun.
“Lahirnya Aleesya ke dunia begitu bermakna dalam hidup Mommy and Dad. Semoga menjadi anak yang solehah dan menghormati orang tua.
“Jadilah anak yang baik ya baby. Kerlassss Aleesya birthday kat Japan. Mommy pon tak dapat macam ni ok. :p Happy birthday my lil princess @put3aleesya #putrialeesyaturns1,” tulis Hanez.
Sempena kedatangan cuti sekolah, Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz kini bersama suami, Romie Razin Adilha dan anak-anak bercuti di Jepun.
Jom kita layan beberapa keping foto comel Aleesya di Jepun:
A photo posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on
Must-Watch Video