Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Hanglah Batu Api Besar, Tak Sudah-Sudah Acah Terpaling Bagus" - Rita Rudaini

Amri Hassan
06/04/2024 01:54 MYT
Pelakon Rita Rudaini tampil mempertahankan dirinya dengan membalas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas adik iparnya, Zaquan Adha menerusi laporan Gempak baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik

Jelas Rita, dia menyangkal kenyataan Zaquan yang sebelum ini memberitahu tidak masuk campur akan urusan peribadinya sebelum ini.

"Orang ni kata dia tak masuk campur. Kalau dia lupa, dia la yang masuk rumah kami dulu dan ambil semua baju-baju abang dia.

"Hang lah yang send mesej dekat abang hang bagitahu anak yang mengandung tu bukan anak dia.

Hang lah batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa.Diam je. Kita pun tak ada kaitan apa-apa.

"Last sekali, hang dan keluarga hang telah cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah terpaling bagus," kata Rita.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Tak Nak Anak Jadi Derhaka” - Rita Rudaini Tak Halang Anak Jumpa Bekas Suami

BERITA TRENDING: Ada Yang Kesian Bila Aidil Zafuan Sebut Nama Anak Dalam Live, Rita Rudaini Bidas Netizen! - “Kau Tak Payah Terpaling Tahu!”

Bagaimanapun, Rita tidak memetik nama mana-mana individu dan mengaburkan wajah individu terbabit.

Untuk rekod, Rita dan Aidil Zafuan yang juga bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
#pelakon #Viral #Anak #Kontroversi #cerai #Rita Rudaini #Bola Sepak #Zaquan Adha #Aidil Zafuan #Nafkah
;