,
Hiburan

Hanis Zalikha Selamat Bersalin, Namakan Bayi Kedua Alisa Aisyah

Amri Hassan
24/05/2019
12:34 MYT
Pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.
Perkara itu diumumkan Hairul menerusi akaun Instagramnya lewat petang tadi.
"Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.
"Di bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 petang.
"Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat," tulis Hairul yang turut berkongsi wajah puterinya.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.
Sementara itu, sebuah akaun Instagram rasmi @thealisaaisyah turut dicipta khas buat anak kedua mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…”

gempak
19/10/2024
13:20 MYT
Usahawan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhataian apabila berkongsi jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Berita

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

gempak
09/10/2024
05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Hiburan

“Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga

gempak
27/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Hiburan

Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat

gempak
27/09/2024
05:55 MYT
Dalam usaha mendapatkan penaja wang ringgit untuk menampung kos pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story), pengarah, Amirul Haswendy Ashari, mengakui ada juga pihak yang berhasrat menaja gula paket.
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
BorakSeeni