Hiburan

Hantar 2 Biji Kontena Berisi Ubat, Makanan, Pakaian & Khemah, Alha Alfa Rancang Masuk Rafah – “Ini Merupakan Jihad Kecil Kami”

Umirah Halim
10/06/2024
08:25 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa telah berangkat ke Rafah bagi menghantar sebanyak dua biji kontena bekalan kemanusiaan kepada saudara di Palestin yang terkesan dek tindakan zalim rejim Israel.

Datuk Alha Alfa turun padang

Jelas Alha atau nama lengkapnya Datuk Abdul Al Halim Al Fadzil, tujuan dia memilih untuk 'turun padang' adalah supaya dia dapat melihat sendiri bantuan tersebut selamat sampai ke tangan rakyat Palestin.

"Kami memegang amanah daripada para penyumbang, atas dasar itu kami dah memilih nak pegi sendiri dan melihat sendiri keadaan di sana dengan NGO lain yang kami bekerjasama dalam misi ini iaitu Cinta Gaza Malaysia dan AICT global.

"Saya akan berangkat ke Mesir pada 10 Jun ini sehingga 17 Jun untuk melihat apa keperluan-keperluan yang masih boleh kita usahakan selain dari apa yang sudah dibentangkan oleh rakan NGO kami. Kami ke sana ni bukan guna duit derma, ni duit saya sendiri.
"Ini merupakan bantuan kali kedua, yang pertama melalui air drop, kita bagi sumbangan melalui airdrop dan sekarang masih menunggu queue dalam masa terdekat mereka akan jatuhkan.
"Untuk kali ini, kami akan bawa dua kontena ubat, khemah pakaian dan makanan, katanya ketika ditemui Gempak.
Berita Trending: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur
Sementara itu, pengasas produk kosemetik tersebut turut memaklumkan bahawa dia merancang untuk masuk ke kawasan Rafah bagi memastikan proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin berjalan dengan lancar.
"Kalau kita nak masuk itu memang bukan mudah, tapi melalui connection saya ada mereka yang berada dekat sana katanya akan di buka pintu.
"Tapi dalam masa tarikh berapa haribulan itu saya tak boleh nak cakap setepatnya takut tak buka pula. Tapi dalam perancangan itu memang dalam masa kami ada dekat sana memang akan di buka.
"Tapi dia buka itu kami boleh masuk ke, tapi apa-apa pun yang penting saya akan pastikan kami berada di sana untuk memastikan semua sumbangan kita boleh masuk ke sana" ujarnya.
Berita Trending: TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru
Dalam pada itu, Datuk Alha Alfa turut berharap agar usaha yang dilakukan ini dapat meraih kepercayaan orang ramai terhadap platform sumbangannya itu.
"Ini merupakah jihad kecil kami, sekurang-kurangnya kita boleh pastikan semua sumbangan selamat sampai.
"Dengan cara ini saya sendiri turun padang tunjukkan macam mana semua sumbangan yang mereka dah buat disalurkan.
Berita Trending: Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling…
"Sekiranya ada lagi bantuan-bantuan seperti ini sekurangnya adalah satu platform yang mereka boleh percayai, kita akan usahakan sehabis baik untuk menyampaikan.
"Sebab ada diluar sana yang ragu-ragu nak buat sumbangan tapi tak pasti samaada bantuan ini sampai atau tidak," tambahnya lagi.
Berita Trending: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas
Untuk info, pada 25 mei 2024 lalu, Alha Alfa dan Musolla Aisya telah membuka tabung bersamamu rafah 2024 sebagai satu usaha untuk membantu saudara-saudara di Rafah.
Hasil kutipan daripada rakan-rakan dan sumbangan korporat jumlah sumbangan yang terkumpul berjumlah RM 500,000.
Korang dah tengok filem The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Berita Trending: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Viral

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

gempak
09/07/2024
05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.