Laman Utama

Hanya 1Mbps & Kuota 1GB? Dah 2021 Wujud Lagi Plan Macam Tu? Ini Penjelasan Sebenar Anda Perlu Tahu!

gempak
Hanafis Haris
22/06/2021
10:49 MYT
Sponsor Banner
Hanya 1Mbps & Kuota 1GB? Dah 2021 Wujud Lagi Plan Macam Tu? Ini Penjelasan Sebenar Anda Perlu Tahu!

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila muncul iklan tawaran broadband daripada Telekom Malaysia (TM).

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah tawaran akses muat-turun berkelajuan 1Mbps, dan muat-naik 384Kbps.

Apa yang lebih mengejutkan, penggunaan dihadkan kepada had kuota 1GB setiap bulan.

Pakej ini ditawarkan pada harga RM38 sebulan menerusi kontrak 12 bulan.

Isu tersebut kemudian mencetuskan tanda tanya ramai apabila ia dilihat tidak lagi relevan untuk pengunaan masa kini.

Adakah ia benar-benar berlaku atau hanya iklan palsu?

Tidak mahu isu berkenaan disalah erti, pihak TM kemudian tampil memberi penjelasan sebenar.

Menurut TM, pelan Broadband Lite 1Mbps telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan bukan sesuatu tawaran baru.

Jelas TM turut ia telah diperkenalkan untuk pengguna ‘ringan’ atau jarang memerlukan internet di kawasan yang diliputi rangkaian Streamyx.

TM turut meminta maaf atas kekeliruan dan menekankan yang mana Broadband Lite 1Mbps ini bukanlah sebuah pengenalan pelan yang baru.

Dengan penjelasan, semua persoalan telah pun terungkai.

Apapun, mustahil pelan itu baru ditawarkan pada tahun 2021 memandangkan pengunaan internet kini sesuatu yang mustahak dan diguna secara meluas.

Apapun semak dulu sebelum kongsi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live