Berita

“Hanya Berunsur Fitnah...”- Kes Dera Anak Angkat, Aliff Syukri Tak Bersalah?

gempak
Syafiqah Jalal
26/06/2020
07:04 MYT
Sponsor Banner
“Hanya Berunsur Fitnah...”-  Kes Dera Anak Angkat, Aliff Syukri Tak Bersalah?
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah diatas kesalahan mendera anak angkatnya, Ameenah.
Menurut Aliff kes tersebut hanya berunsuh fitnah.
“Budak lasak jatuh motor, Baem (dalam foto) dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah. Kalau Ameenah mahu kes polis.
“Bagaimanapun, kes Ameenah itu mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah,” katanya.
Aliff mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya, Baem yang luka dan calar di muka.
Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya termasuk tidak bersetuju apabila kes itu disifatkan sebagai fitnah sahaja.
Media sebelum ini melaporkan usahawan kosmetik itu didakwa memukul dan mencubit kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu pada 28 Februari lalu sebelum pembantu rumahnya warga Indonesia membuat laporan polis keesokannya.
Aliff turut ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala anak angkatnya diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live