,
Hiburan

Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

Umirah Halim
21/10/2024
01:33 MYT

Pelakon, Qistina Raisah enggan mengambil pusing terhadap pendapat orang mengenai penampilan dirinya yang dikatakan seksi dan terlalu mencuba untuk menjadi ‘dewasa’.

Jadi diri sendiri

Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan isu penampilannya yang digembar-gemburkan netizen sebagai bersifat subjektif.

Malah, dirinya memang sudah selalu menerima komen sebegitu sejak dahulu.

“Sebenarnya komen yang menegur saya terlalu mencuba untuk menjadi dewasa, seksi itu daripada dulu lagi saya sudah terima.

“Kalau saya terlalu fikirkan mulut orang habislah saya.

“Jadi, saya tak kisah orang nak kritik saya apa, saya hanya jadi diri sendiri,”ujarnya ketika ditemui di majlis sidang media Havoc Food Festival di Hotel Concorde Shah Alam pada Ahad.

BERITA TRENDING: Pengikut Instagram Qistina Raisah Bertambah 15,000 Selepas Tular Insiden Simbah Air Ke Muka Rakan - “Memang Love! Saya Rasa Netizen…”

​BERITA TRENDING: "Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Selain itu, pelakon berusia 16 tahun itu juga memilih untuk tidak terbawa-bawa atau membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen dalam setiap hantaran yang dikongsiknnya dalam media sosial.

Malah, dia juga akan menutup ruangan komen sekiranya komen-komen yang ditinggalkan pengguna media sosial terlalu negatif.

“Saya memang tak baca komen-komen negatif di hantaran saya, tetapi saya akan tutup komen sekiranya hantaran tersebut terlalu banyak komen yang negatif.

“Saya tak mahu ibu saya baca komen-komen itu. Tetapi saya tidak terkesan pun dengan komen yang negatif, kalau komen negatif yang membina saya akan ambil sebagai teguran,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Qistina turut memaklumkan pemilihan baju yang dipakai akan di tapis dan ditentukan oleh ibu yang juga merangkap sebagai pengurusnya.

“Selalu baju saya, mak saya yang akan tapis dahulu, memang saya yang pilih tapi mak saya yang akan tentukan,” tambahnya lagi.

Sejak isu gimik bergaduh dengan kawan, Qistina mencuri tumpuan dan buah mulut netizen apabila penampilan yang dikongsinya dalam media sosial dianggap seksi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

“10 Tahun Ibu Bawa Exora Manual, Saya Tak Pernah Sekali Pun Malu” - Qistina Raisah Syukur Dapat Beli Kereta Baru

gempak
21/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Qistina Raisah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri.
Hiburan

“Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle

gempak
19/11/2024
01:25 MYT
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan wanita tidak menutup aurat namun tetap menunaikan ibadah solat.
Unitar