Laman Utama

Hanya Kenal Sebulan, Hana Ismail Terima Da’I Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

Syafiqah Jalal
03/12/2022
12:36 MYT
Pengacara TV, Hana Ismail mendedahkan perkenalan dia dan suami, Da’i Syed hanya mengambil masa lebih sebulan iaitu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu.
Pun begitu, Hana yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Da’i Syed selepas mendapat petunjuk yang baik dari Allah dengan melakukan solat istikharah.

Solat Istikharah

“Bagi mereka yang mengenali saya mereka tahu sebenarnya ia bukan masa saya lagi untuk berkahwin.
“Tetapi selepas kami mengadakan sesi taaruf selama sejam, hati saya terbuka. Saya juga telah melakukan solat sunat Istikharah selama seminggu.
“Alhamdulilah selepas itu Allah bulat dan tekadkan hati saya untuk berkahwin dengan dia. Jadi ia menguatkan semangat saya hendak meneruskannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Hana dan Da’i Syed ditemui media selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Ibnu Mas’ud pada pagi Sabtu tadi.
BACA: Da’i Syed Selamat Bernikah Dengan Hana Ismail, YTerima Mas Kahwin Gelang Emas

Da’i Syed Terpikat Dengan Hana

Sementara itu, Da’i Syed memberitahu dia juga tidak mahu mengambil masa untuk mendirikan rumah tangga dengan Hana lama selepas diperkenalkan oleh pelakon Datin Paduka Umie Aida.
“Kami tak nak terlalu lama kenal. Jadi selepas hanya sebulan setengah campur tangan Umie Aida sehingga hari ini ia berlangsung dengan cepat dan dipermudahkan.
“Saya juga terpikat dengan budi pekerti Hana yang cantik dan suka akan ke majlis ilmu. Ini semua kurniaan Allah kepada dia yang dapat sempurnakan diri saya,” kongsinya.

Tak Percaya Beza Usia 9 Tahun

“Mengenai beza umur pada saya ia tiada masalah kerana Rasulullah dan Khadijah juga begitu. Saya anggap dah sampai jodoh kami.
“Lagipun lihat Hana saya sendiri tak percaya kami ada jarak umur begitu kerana saya ingatkan kami hanya beza beberapa tahun sahaja dia nampak cantik dan muda,” kata Da’i Syed.

Bulan Madu Ke Mesir

Sementara itu, Hana memberitahu mereka akan ke Sabah atas urusan kerja serta berbulan madu sambil menziarahi bapa Da’i Syed di Mesir.
“Syed akan ikut saya ke Sabah kerana ada program dakwah saya di sana. Kemudian sebulan selepas itu kami akan menunaikan Umrah dan dalam masa yang sama melawat bapa Syed di Mesir,” kata Hana.

Nak Anak Cepat

“Insya-Allah soat zuriat saya tidak menolak dan kalau boleh mahu secepat mungkin,” jawabnya.
Mempelai ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan di Magika Hall, Monterez Club Shah Alam malam ini.
Pasangan itu melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.