Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

Gempak
26/06/2024 06:55 MYT
Seorang pelancong dari China berkongsi pengalamannya menyelamatkan diri daripada banjir di Kenya, baru-baru ini, dengan berada di atas pokok selama 12 jam.

Hanya pakai kemeja-T dan seluar dalam

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, akibat kejadian itu, Liu Jiatu, 28, kehilangan bagasinya dan hanya memakai kemeja-T dan seluar dalam.

Wanita itu terperangkap dalam banjir di destinasi pelancongan terkenal, Masai Mara, pada 1 Mei lalu.

Hujan yang lebih lebat daripada biasa melanda Afrika Timur disebabkan gabungan kesan El Nino dan musim hujan yang panjang dari Mac hingga bulan lalu.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Liu menginap di dalam khemah di Basecamp Masai Mara. Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, pernah bermalam di lokasi itu, pada 2006.

Pada masa kejadian, dia dikejutkan oleh guruh pada 1.15 pagi dan mendapati air setinggi paras lututnya.

Pintu masuk utama khemah dikunci, dan dia tiada masa untuk mencari kunci. Dalam keadaan gelap dan perabot terapung, Liu mengoyakkan lubang pada kain khemah.

Berita Trending: Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi…

Berita Trending: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Berita Trending:Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah

Sebaik sahaja di luar khemah, Liu memanjat pokok dan melihat khemahnya musnah akibat arus deras.

Dia menghabiskan malam dalam cuaca sejuk di atas pokok itu dengan seorang penduduk tempatan yang tidak berbahasa Inggeris.

Pada 12.30 tengah hari, Liu akhirnya diselamatkan.

Sumber: Agensi menerusi Harian Metro
#Seluar Dalam #Pokok #Tahan #Pelancong #Spender #12 jam #atas #bertahan