,
Berita

#JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Gempak
08/06/2024
06:15 MYT
Percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin antara sebab penahanan kedua mereka dibuat untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.
"Ada perkara perlu disemak semula dan ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.
"Kita telah selesai soal siasat fasa pertama untuk reman tujuh hari. Ada perkara yang perlu kita 'counter check' dan ada perkara yang masih tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan," katanya.

BERIRA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, di sini pada Sabtu.
Jelas Huseein, masih terlalu awal pihaknya untuk memaklumkan apa yang akan berlaku (pertuduhan di mahkamah).
Katanya, dalam tempoh lanjutan reman ini, polis akan usaha untuk lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke timbalan pendakwa raya.
"Kes masih dalam siasatan. Sebab perlu enam hari lagi reman kerana ada perkara perlu siasatan lanjut, ada yang bercanggah dan perlu kita betulkan sampai kita puas hati.
"Bukan hanya dari mereka (ibu bapa) tapi dari saksi lain," ujarnya.
Tambah beliau, dalam tempoh reman pertama, polis juga telah memanggil pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya untuk dirakam keterangan.
"Beri peluang polis siasat dan adalah tidak wajar terlalu memberi butiran terperinci agar tidak ganggu siasatan.
"Peguam ada ruang untuk berjumpa, polis juga ada ruang untuk tentukan mereka (peguam) boleh jumpa ibu bapa Zayn Rayyan dalam tempoh atau selepas reman itu. Polis ada budi bicara untuk tentukan bila mereka boleh jumpa," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan ibu bapa kepada Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir Jumaat, disambung reman enam hari lagi sehingga Rabu depan.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

BERITA TRENDING: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah” - Bapa Zayn Rayyan

BERITA TRENDING: Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Esok

BERITA TRENDING: Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Hiburan

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan

gempak
27/09/2024
03:58 MYT
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
BorakSeeni