Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran jaguh badminton Lee Zii Jia yang juga juara kejohanan badminton Seluruh England (All England) 2021, radio ERA telah membuat satu kejutan.

Istimewa buat Zii Jia, radio nombor satu Malaysia ERA telah melancarkan sebuah lagu khas buat ayam tambatan negara itu bersama beberapa penyanyi popular Hael Husaini, Usop, Masya Masitah dan personaliti ERA sendiri.

Malah pagi tadi Team Pagi Era JoHaRaRy (Johan, Hanif, Ray dan Sherry) turut membuat kejutan kepada Zii Jia di konti radio.

Selain menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, Johan turut menyakat Zii Jia sehingga JuEra (Juara Era) itu tersipu malu.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)


Sementara itu tinjauan Gempak di laman sosial Youtube ERA mendapati lagu yang dicipta khas buat Zii Jia itu telah ditonton hampir 6,000 ribu kali selepas dimuat naik pagi tadi.

Zii Jia merupakan anak jati Kedah dilahirkan pada 29 Mac 1998 dan mula menunjukkkan minat bermain badminton pada usia 6 tahun selepas ayahnya membawanya ke kelab badminton di Kedah.

Baru-baru ini, Zii Jia berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen, dari Denmark pada 21 Mac lalu.

Sebelum ini, Zii Jia merupakan pemain nombor 10 di dunia. Selepas menewaskan Axelsen di perlawanan All England, Zii Jia kini merupakan pemain nombor 8 di dunia.

Happy birthday Lee Zii Jia!