Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Haqiem Stopa ‘Bersuara’ Rentetan Berita Influencer Permotoran Kena Tahan Dalam Op Samseng Jalanan Jadi Bualan Hangat - “Ingat Ya…”

Izwan Isa
30/06/2023 01:50 MYT
Pempengaruh Haqiem Stopa berkongsi beberapa hantaran di Instagram selepas berita mengenai seorang selebriti Instagram yang dipromosikan sebagai Ikon Permotoran ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha baru-baru ini viral di media sosial.

Haqiem menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story meluahkan perasaan mengenai gambarnya yang turut dirakam bersama 284 individu yang ditahan oleh pihak berkuasa.

“Ingat ya, korang berjaya dengan apa yang korang buat. Bukan dengan apa yang aku buat. Aku pun nak berjaya,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi semalam di Alor Setar.

BACA: Influencer Korea Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kolam Berbalut Selimut

"Pempengaruh yang menjadi idola dalam kalangan geng permotoran itu antara penonton yang ditahan. Kesemua 284 individu itu terdiri daripada 281 lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 20-an dengan 10 daripadanya merupakan remaja bawah umur.

"Sebanyak 50 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Kota Setar pada Khamis.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, mengubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

"Mereka akan dilepaskan selepas proses dokumentasi selesai dan bagi remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen, waris akan dipanggil dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik motosikal.

BACA: Lantik Artis & Influencer Jadi Muse, Pija Minaz Tak Berani Ikut Trend Viral - "Hati Saya Ni Mudah Koyak, Tak Tahan Maki-Maki Netizen"

"Pada pagi raya korban ini, mereka telah ‘mengorbankan’ diri sendiri... sayang kerana golongan muda inilah yang bakal menjadi aset negara pada masa hadapan, jadi saya harap mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh turut hadir ke balai berkenaan dan memberikan nasihat kepada semua yang ditahan.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

#Ditahan #Influencer permotoran
;