Laman Utama

Lantik Artis & Influencer Jadi Muse, Pija Minaz Tak Berani Ikut Trend Viral - "Hati Saya Ni Mudah Koyak, Tak Tahan Maki-Maki Netizen"

gempak
Amri Hassan
30/05/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Lantik Artis & Influencer Jadi Muse, Pija Minaz Tak Berani Ikut Trend Viral - "Hati Saya Ni Mudah Koyak, Tak Tahan Maki-Maki Netizen"
Nora Danish, Kilafairy dan Nelydia Senrose antara barisan nama yang pernah menjadi wajah rasmi (muse) jenama fesyen modest, Minaz.
Mengakui impak positif selebriti dan pempengaruh dalam menaikkan jenama mahupun produk, kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Hafiza Abd Hamid, strategi itu digunapakai sejak mula bertapaknya jenama itu 13 tahun lepas.
"Sebenarnya kerjasama dengan artis dan influencer ada banyak manfaatnya, kita percaya kalau Minaz nak berdiri sendiri, kita tak tergapai peminat di luar sana.
"Dengan kerjasama ini dapat memperluaskan dan melebarkan sayap lagi. Strategi ini diguna pakai daripada awal kemunculan dan Alhamdulillah menjadi.
"Yang penting, stokis dan agen sangat happy bila tengok artis pakai. Ia memberikan nilai tambah kepada jenama dan apabila dipakai artis dan influencer pakai produk kita, ia menyumbang pada trust customer," katanya kepada Gempak.

Tak kuat hati nak viral

Pija yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Minaz Hijab Blooming Raya Aidiladha yang diberi nama siri Haramain turut percaya pada kekuatan produk berbanding strategi pemasaran viral.
"Ada yang berani ambil risiko viralkan produk mereka. Kita boleh tahu cerita sensasi dan saya memang salute.
"Pada usia ke-13 tahun berbisnes, saya pun tertanya-tanya macam mana nak follow trend anak-anak muda ni. Mereka pada usia 20-an dah dapat pegang jutaan ringgit, saya pun menginspirasikan mereka juga.
"Cuma saya ikut cara saya, gunalah pendekatan yang sedia ada. Janganlah, saya tak tahan bab maki-maki netizen, kadang-kala berlebihan juga. Tapi kalau sesiapa yang tahan redah sajalah. Itu trend sekarang untuk perkenalkan produk, kalau boleh teruskan. Saya harapkan yang baik-baik, doa yang baik-baik saja untuk Minaz," ujarnya.

Koleksi Haramain sold out, sasar jualan RM7 juta

Buktinya, belum pun lagi koleksi tudung Haramain dilancarkan pada 1 Jun, kesemua stok telah habis ditempah oleh stokis dan agen Minaz.
"Alhamdulillah, semua stok telah habis dipra-tempah oleh stokis dan agen dalam tempoh tiga minggu. Itupun ada yang masih nak submit lagi, cuma kita tak cukup masa.
"Koleksi yang diperagakan pada acara kali ini adalah yang bakal dilancarkan nanti. Ada 20 rekaan tudung bawal cotton voile dan kami mensasarkan jualan tudung RM7 juta, manakala Minaz Apparel RM3 juta," tambahnya.
Haramain merupakan koleksi tudung yang diinspirasikan daripada corak dan motif yang boleh didapati di Makkah dan Madinah. Ia dijual dengan harga RM29 sehelai.
Dalam perkembangan lain, Minaz kini sedang menyasarkan matlamat untuk melebarkan sayap ke negara jiran Indonesia dan Brunei.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live