Hiburan

Harap Dipertemukan Lelaki Lebih Berusia, Yuni Shara Sedia Kahwin?

gempak
Asraf Aided
17/06/2020
11:06 MYT
Sponsor Banner
Harap Dipertemukan Lelaki Lebih Berusia, Yuni Shara Sedia Kahwin?
Penyanyi terkenal Indonesia, Yuni Shara mengatakan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin selepas 12 tahun memegang status ibu tunggal.
Menerusi laporan Liputan6, adik kepada penyanyi Kris Dayanti itu berharap agar dia dipertemukan dengan lelaki yang lebih berusia darinya.
Yuni juga mahu seorang calon yang bijak dan pandai berkomunikasi.
"Seseorang lelaki itu mestilah bijak dan pandai berbual, mengenai umur, kalau boleh saya memang mahu yang lebih berusia dari saya.
"Jika lelaki itu berusia, barulah sesuai, anak-anak saya pun tak mahu bapa yang lebih muda dari saya, mereka pernah berpesan kepada saya mengenai hal itu.
"Walaubagaimanapun, meskipun saya mahu yang lebih berusia, tapi bukanlah bermaksud lelaki itu terlampau tua," katanya.
Tambah Yuni, anak-anaknya juga tidak mahu dia berkahwin lelaki muda kerana bimbang menjadi perbualan orang ramai.
"Anak-anak saya mengambil teladan dari kisah saya sebelum ini yang sudah menjadi bualan ramai.
"Jadi, mereka tidak mahu perkara yang sama berulang terhadap diri saya," tambahnya.
Terdahulu, Yuni mendirikan rumah tangga bersama Henry Siahaan pada tahun 2002, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Cavin Obient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan.
Sumber : Liputan6
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live