Hiburan

"Harap Selepas Ini Ada PASKAL 2. Beta Amat Menyukainya" - Sultan Perak

gempak
Kamaruddin Razal
21/10/2018
21:59 MYT
Sponsor Banner
"Harap Selepas Ini Ada PASKAL 2. Beta Amat Menyukainya" - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke tayangan khas PASKAL The Movie di sebuah pusat beli belah di ibu negara kelmarin.
Ketibaan baginda berdua disambut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin kira-kira 9 malam.
Baginda berdua meluangkan masa menonton tayangan filem yang memaparkan kehebatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang berdurasi sejam 50 minit, bersama kira-kira 100 penonton, termasuk alumni University of Strathclyde, United Kingdom, yang menonton di dalam panggung berasingan.
Sultan Nazrin Shah kemudian berkenan beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem Adrian Teh.
"Sangat menarik. Harap selepas ini ada Paskal 2. Beta amat menyukainya," titah baginda.
Baginda berdua berangkat pulang meninggalkan majlis pada pukul 11.30 malam.
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
Filem ini meraih kutipan sebanyak RM22 juta dalam 18 hari tayangan.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Sumber: Bernama Foto: Instagram PASKAL The Movie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live