Berita

Harga Durian Musang King Cecah RM100 Sekilogram, FAMA Tiada Kuasa Kawal Harga

Fiza Kamarudin
16/05/2017
14:13 MYT
Baru-baru ini penjualan buah durian jenis Musang King menjadi isu apabila ada peniaga yang menjual raja buah-buahan tersebut sehingga mencecah RM100 sekilogram.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengakui tidak mempunyai kuasa untuk mengawal dan menetapkan harga siling jualan bagi durian jenis Musang King.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata ini berikutan penetapan harga buah terbabit tidak termasuk dalam senarai harga barang kawalan terutama pada musim-musim tertentu.
Oleh demikian, FAMA hanya boleh menggunakan pendekatan mengikut peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan 2008 terhadap produk pertanian itu, katanya.
"Melalui peraturan ini, penjual perlu mempamerkan harga dan gred serta negara asal buah tersebut kepada pembeli bagi memudahkan mereka mengetahui ciri-ciri durian Musang King," katanya.
Ahmad berkata, permintaan pasaran yang tinggi serta kekurangan pengeluaran pada luar musim merupakan antara faktor harga jualan itu meningkat.
"Durian ini mempunyai dua musim iaitu musim besar yang berbuah antara bulan Julai dan September manakala musim kecil pada hujung Disember hingga Mac.
"Pada waktu musim, harga jualan akan lebih murah kerana bekalan banyak dan apa yang berlaku sekarang disebabkan luar musim," katanya.
Ekoran itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak mudah tertipu dan mengetahui ciri-ciri durian berkenaan ketika membeli memandangkan terdapat sesetengah pihak akan mengambil kesempatan dengan menjual durian Musang King yang tidak asli kepada pembeli.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.
Berita

Prosiding Pertama Sebutan Kes Zayn Rayyan Hari Ini

gempak
26/07/2024
01:27 MYT
Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sekali lagi mencuri tumpuan, apabila ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, Disember tahun lalu.