,
Hiburan

Harga Tiket Menonton Persembahan Afgan Bernilai RM1 000 Berbaloi - Penganjur

Syafiqah Jalal
30/03/2017
04:26 MYT
Penganjur Minggu Setiausaha An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz', Najwa Mohamed Mokhtar akui harga tiket yang mencecah sehingga RM1 000 adalah berbaloi.
Najwa yang juga merupakan Pengarah Urusan Loudcloud Entertainment & Event Management, berkata, meskipun agak mahal namun dijamin penonton yang hadir akan puas dengan pakej yang disediakan.
"Pakej untuk meja berharga RM10 000 iaitu bernilai RM1 000 untuk seorang itu sebenarnya pakej eksklusif sebab itu kita beri nama pakej Diamond.
"Saya tahu ia agak mahal bagi sesetengah golongan tetapi saya boleh katakan ia berbaloi kerana pakej ini adalah pakej paling eksklusif untuk bersama Afgan.
"Penonton yang membeli pakej Diamond ini akan berpeluang untuk menyertai sesi beramah-mesra dan bergambar bersama Afgan selepas persembahan.
"Setakat ini 60 peratus daripada 700 tiket sudah puk dijual. Namun untuk pakej diamond sudah 5 tiket dijual daripada 10 tiket," katanya kepada Astro Gempak.
Najwa Mohamed ditemui pada sidang media An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz' yang berlangsung di Barbenque, Bukit Damansara, semalam.
Afgan bagaimanapun tidak hadir pada majlis tersebut kerana terlibat dalam satu sesi latihan persembahan pentas di Indonesia.
Minggu setiausaha bersama Afgan itu akan berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur, pada 27 April depan.
Selain pekej Diamond, pakej lain seperti Bromze, Silver, masing-masing dijual dengan harga RM3,000, RM5,000 dan RM8,000 untuk sebuah meja.
Mengulas mengenai persembahan Afgan, Najwa memberitahu Afgan akan mempersembahkan 10 buah lagu daripada empat buah album bersama iringan band peribadinya, The Gandarianz selama 2 jam 30 minit.
"Mengiringi persembahan Afgan, akan ada artis jemputan yang turut memeriahkan persembahan tersebut antaranya ialah Hael Husaini serta gimik yang perlu dinantikan di hari persembahan" katanya.
Sementara itu Afgan dalam ucapan ringkas menerusi sidang video menzahirkan rasa berbesar hati kerana buat pertama kalinya berpeluang membuat persembahan pada acara sedemikain.
Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 016-64 00677 dan 017-3560838.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Afgan Anggap Penyanyi Hulur Mikrofon Kepada Penonton Bukan Pemalas! - “Selalunya Itu Adalah Tindakan…”

gempak
12/10/2024
18:55 MYT
Menurut pelantun  lagu Untukmu Aku Bertahan itu, sebagai penyanyi kadang kala mereka juga mahu mendengarkan peminat 'sing along' dan menikmati momen tersebut bersama.
Hiburan

Lancar Lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’ Versi Orkestra, Afgan Dedikasikan Sempena Hari Kesihatan Mental - “Jangan Pernah Menyerah Dengan Diri Sendiri”

gempak
12/10/2024
09:55 MYT
Menurut pemilik nama Afganshah Reza,35, mungkin sebelum ini ramai yang menganggap bahawa naskah itu sesuai ditujukan kepada orang yang kita cintai.
Hiburan

“Ucapan Sama Setiap Tahun” - Netizen Tanya Bila Afgan Dan Rossa Nak Bernikah

gempak
10/10/2024
03:55 MYT
Dihujani dengan ucapan ulang tahun daripada keluarga, teman dan peminat namun ucapan dari penyanyi, Afgan buat pelantun lagu Terlalu Cinta ini berjaya menarik perhatian netizen.
Hiburan

“Penyanyi Ada Cara Mereka Tersendiri” - Afgan Tak Nafikan Akan Ada Netizen Buat Perbandingan, Nasihat Jangan Baca Komen Kalau Tak Kuat

gempak
01/10/2024
08:55 MYT
Bagi Afgan, setiap penyanyi di dunia itu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.
Hiburan

Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

gempak
01/10/2024
01:55 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Shahreza,35, dia mungkin akan meluangkan masa beberapa hari di Pulau Pinang selepas selesai mengadakan konsertnya nanti.
BorakSeeni