Gaya Hidup

Hargai Jasa Petugas Kesihatan, Qatar Airways Belanja 100,000 Tiket Penerbangan Percuma! Frontliners Malaysia Boleh Mohon

Azwa Rahman
12/05/2020
09:27 MYT
Syarikat penerbangan berprestij Qatar Airways mahu memberi 100,000 tiket penerbangan percuma kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menentang wabak COVID-19.
Istimewanya lagi, tiket penerbangan percuma ini boleh dinikmati oleh petugas kesihatan dari seluruh dunia.
Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker, mereka bersyukur di atas segala komitmen yang diberikan oleh petugas kesihatan di peringkat global.
“Barisan petugas kesihatan profesional sangat komited dalam menjaga pesakit dan membantu menghalang penularan wabak ini tidak mengira masa.
“Kebaikan, dedikasi dan tanggungjawab mereka telah menyelamatkan banyak nyawa di serata dunia.
“Inilah masanya kamu mahu memberi sesuatu kembali kepada petugas kesihatan. Tidak ada apa yang mampu membayar barisan petugas kesihatan yang berani ini cuma kami berharap tawaran tiket penerbangan pergi balik Qatar Airways ini boleh membuatkan mereka gembira,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi penerbangan itu.
Setiap petugas kesihatan yang berjaya terpilih akan menerima kod promo untuk dua tiket percuma kelas ekonomi, ke mana-mana sahaja destinasi di dalam rangkaian penerbangan Qatar Airways.
Permohonan sudah mula dibuka pada hari ini dan akan ditutup pada 18 Mei jam 23.59am (waktu Doha).
Petugas kesihatan boleh memohon tawaran eksklusif ini ni qatarairways.com/ThankYouHeroes dengan menghantar borang untuk menerima kod promo unik.
Terhad untuk siapa cepat, dia dapat, tiket penerbangan boleh digunakan untuk tempoh 26 November sehingga 10 Disember 2020.
Untuk semua petugas kesihatan Malaysia, ini peluang anda untuk menikmati percutian setelah penat berjuang.
Semoga berjaya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

Hadapi Gelora Udara Ketika Penerbangan, Penumpang Qatar Airways Kongsi Detik Cemas

gempak
27/05/2024
12:25 MYT
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.