HIBURAN

Harissa Adlynn Seronok Buat Kerja Kebajikan, Syukur Keluarga Didik Sejak Kecil – “Ia Ajar Saya Untuk Rendah Diri”

Khairil Khusyairi 17/03/2025 | 12:50 MYT
Pelakon Harissa Adlynn berkongsi aktivitinya yang aktif dalam kerja kebajikan dan aktiviti kemanusiaan sepanjang bulan Ramadan.
Kongsi Harissa, 22, dia menyifatkan aktiviti mulia tersebut sudah menjadi rutin tahunan yang amat bermakna baginya.
“Saya banyak buat program kebajikan seperti program bersama anak-anak yatim, program libatkan pelarian dari Timur Tengah. Ada juga kerja kebajikan bersama komuniti setempat juga.
“Sebenarnya bukan sahaja bulan puasa tapi bulan lain saya aktif juga cuma bulan puasa ini saya ada lebih masa.
“Ia memang aktiviti tahunan, kalau boleh 30 hari berturut-turut itu saya nak buat kebajikan,” katanya kepada Gempak.
Ditanya apa yang membuat dirinya untuk terus melakukan aktiviti kebajikan, pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu sentiasa mengingatkan insan-insan yang lebih memerlukan.
“Daripada saya kecil, ibu bapa saya banyak mendekatkan saya dengan aktiviti kebajikan, sekaligus ia membuka mata saya.
“Bila saya buat kebajikan, ia bukan mengajar saya untuk membantu orang lain tetapi sebenarnya banyak mengajar kita sebagai manusia.
“Terutama pada bulan Ramadan, kita banyak muhasabah diri kenang orang yang lebih susah daripada kita.
“Ia mengajar saya untuk sentiasa rendah diri dan membantu semampu boleh,” kongsinya.
Dalam pada itu, Harissa juga berasa senang apabila dapat bersama-sama meluangkan masa dengan anak-anak kebajikan.
“Setiap kali saya duduk dan luang masa bersama mereka, itulah momen Istimewa saya apabila buat kerja kebajikan.
“Apa yang mereka nak bukan semata duit saja tetapi mereka mahu kita bersama mereka.
“Saya suka perkara itu, kadangkala mereka perlukan teman untuk dengar kisah mereka, pelukan, itu sahaja.
“Bagi kita memang nampak simple tapi bagi mereka ia sangat bermakna,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn Kongsi Pengalaman Berada Hanya 30 Kilometer Dari Palestin, Terharu Dikerumun Anak-Anak Gaza – “Saya Rasa Sedih Sangat Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Diganggu Pelakon Berstatus Suami Orang, Harrisa Adlynn Kekal Professional - “Nak Lari Pun Industri Kita Ni…”

#pelakon #Ramadan #Kebajikan #Harissa Adlynn