Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

Asyikin Mayudin
25/07/2024 04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.

Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai terhadap Dr Jezamine Lim di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 12.05 tengah hari, Khamis.

Menurut peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak mereka telah memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang telah diselesaikan pada masa yang sama.

“Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama.

“Manakala nafkah melibatkan anak-anak juga sudah selesai tadi. Tapi untuk permohonan Hadanah akan diadakan minggu hadapan,” katanya kepada Gempak.

Cerai Kerana Tiada Persefahaman

Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan punca perceraian disebabkan tiada persefahaman dan mereka juga masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.

“Punca dia biasalah tiada persefahaman, semua berjalan secara baik dan mereka juga masih bersahabat baik demi anak-anak, tiada apa-apa masalah,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING:Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

BERITA TRENDING:Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

BERITA TRENDING:Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

BERITA TRENDING:Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jezamine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader tersebar.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Pada 8 Julai lalu, Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Harith bagaimanapun mengunci mulut dan tidak mahu mendedahkan secara terperinci punca perpisahan mereka

Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
#cerai #Harith Iskander #Selebriti #Rumah tangga #hiburan