Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”
Mya Amri
03/07/2024 00:58 MYT
03/07/2024 00:58 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Kena marah sebab Farouk
Menurut Hariz, dia pernah berdepan dengan beberapa momen ditegur dan dimarahi penonton secara berdepan kerana geram dengan Farouk.
“Saya pernah berdepan dengan beberapa momen sebelum ini antaranya ketika saya pergi menjamu selera di sebuah restoran.
“Ada seorang makcik duduk di sebelah saya dan pandang-pandang. Saya pun terfikir kenapa dia pandang saya, mungkin dia kenal.
“Tetapi dia tak kenal Hariz, dia kenal saya sebagai Farouk, jadi bila saya habis makan, dia datang dekat saya dan terus marah kata kenapa jahat sangat.
“Ini satu benda baru untuk saya. Kalau orang benci maknanya saya kena sesuaikan diri. Saya tak boleh fikir orang benci saya sebab Hariz tetapi benci sebab Farouk.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakon Babak Seakan-Akan Bermesra, Ini Respons Hariz Hamdan…
ARTIKEL BERKAITAN: "Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya
BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
“Pada saya, selagi mereka cakap mereka benci Farouk saya okay, janji bukan Hariz Hamdan,” katanya kepada Gempak.
Tak kisah kena kecam, tanda berjaya bawa watak
Dalam pada itu, Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, tidak ambil hati dengan kecaman yang diberikan.
Sebaliknya, menyifatkan kebencian penonton sebagai bukti lakonannya berkesan.
“Saya cuba yang terbaik untuk membawakan watak Farouk. Alhamdulillah setakat ini respon yang saya dapat, komen-komen daripada netizen semuanya memuji lakonan saya.
“Ramai benci betul dengan watak Farouk ni, jadi sebagai seorang pelakon yang memegang watak antagonis, bila dapat negatif komen begitu saya suka.
“Saya suka baca, bagi saya kecaman merupakan tanda dapat memainkan watak itu dengan menjadi sampai orang benci dekat Farouk.
“Kalau saya baca komen, memang banyak yang meluahkan rasa geram terhadap Farouk. Namun dekat bahagian komen itu pada saya bertapis lagi.
“Tetapi bila baca dekat DM (Direct Message Instagram), memang nauzubillahilminzalik… Ada yang DM dari Indonesia cakap kamu memang setan, firaun lah Farouk ni.
“Saya okay sahaja, tak ambil hati pun. Bila baca saya rasa gembira, saya suka hiburkan diri saya seperti itu,” ujarnya.
BERITA TRENDING: THSS: Stacy Tak Marah Orang Kata Menari Nampak Mengah - “Memang Betul Benda Tu Kena Jaga”
BERITA TRENDING: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”
Untuk info, Hariz memegang watak sebagai kaki perempuan bernama Farouk yang gemar menimbulkan pelbagai masalah.
Dalam perkembangan terbaharu, Hariz bakal muncul dalam siri premium Astro Originals berjudul X-Change.
Jangan lupa saksikan Bunga Salju, setiap Isnin hingga Jumaat, 6 petang di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Bunga Salju juga boleh ditonton menerusi Astro Go.