Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

Amri Hassan
30/04/2024 11:06 MYT
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.

Kongsi Hariz, berat badannya pernah mencecah 98 kilogram ketika berusia 14 tahun dan bermula daripada detik itulah dia mula mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan diri dan menurunkan berat badan.

"Saya mula berlari dan bersukan sejak umur saya 15 tahun. Saya suka bersukan sebab dulu ada masalah body dysmorphic sebab terlalu gemuk. Dulu berat saya cecah 98kg masa usia 14 tahun.

"Setiap kali lihat diri saya dalam cermin saya akan rasa down dan tertekan. Saya berfikir tidak layak untuk terus jadi gemuk kerana setiap orang termasuk saya ada peluang untuk mengubah sesuatu.

"Jadi semua orang juga ada peluang dan kenapa tidak gunakan peluang itu (kurus) dengan sebaiknya dan beri yang terbaik pada diri sendiri.

"Oleh sebab itu sekarang saya terapkan pada diri untuk sentiasa bersukan dan gunakan tenaga yang ada dengan sebaiknya," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Setiap Petang Kalau Ada Masa Saya Akan Lari Dalam 5 Atau 6km” - Hariz Hamdan Simpan Hasrat Sertai Larian Marathon




Hariz yang merupakan duta kepada jenama Asics Malaysia ditemui pada acara Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan yang berlangsung di Arena Universiti Malaya baru-baru ini.

Selain Hariz, program Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan anjuran jenama Asics itu turut disertai oleh Vanidah Imran, Azah Aziz, Syazwan Zulkifli, Hawa Rizwana dan ramai lagi.

Dihina gemuk
Ditanya pernahkah terlintas melakukan perkara diluar jangkaan ketika dihina, Hariz berkata dia masih waras dan mampu mengawal dirinya.

"Saya juga dihina gemuk dengan beberapa panggilan seperti ‘Hariz Mok’ dan lain-lain lagi.

"Tapi tidak lah sampai saya nak buat perkara yang tidak baik sebab dihina. Saya masih kawal diri saya. Saya tahu apa yang baik apa yang buruk.

"Justeru pada saya, daripada saya buat perkara tidak baik sebab dihina gemuk, lebih baik saya ambil langkah yang betul dan badan saya pun jadi sihat. Saya jogging dan bersukan," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Hariz Hamdan Dapat Nasihat Daripada Pon Nawasch!

#pelakon #Viral #Diet #Gemuk #Ejek #Bersenam #Jogging #Hariz Hamdan #Asics
;